Tuesday, December 29, 2009

OMGNESS!!

Waw!!

Lamanya tak update!!!

akekeke!

Friday, September 25, 2009

Its hard to be hazwani sulaiman.

This phrase was said by a friend of mine before. Selalunye aku senyum je. Trying to deny. Trying to tell him its not true.

But, instead of succeeding to prove him that, aku da tunjukkan kat dia apa yg dia cakap itu benar.

And right now, aku terfikir..mungkin semua itu betul. Ketepikan semua masalah keluarga yang aku hadapi, aku mempunyai masalah lain yang kadang2 memeningkan aku.

Aku selalu jadi perhatian orang ramai. Bukan niat ku nak jadi attention seeker, tapi secara automatisnya, perkara itu terjadi. Bukan dari segi kebaikan saje, keburukan jugak.

Seperti mana org selalu mengomen pasal appearance aku. Contohnya, aku dan sorg lagi kwn.. dedua sama badan naik, malah dia lebih gemuk dr aku, tapi org tak kisah pun psl dia. Tapi aku?? Sume dok bahan aku, kenakan aku, perli aku. Kenapa?? Sampai stress dan lemah semangat aku. Low self esteem pun ada.

Kadang2, aku baru nak suap makanan ke dalam mulut, org da sound.."ha makan banyak..mana tak gemuk.." padahal its my first meal of the day at 3pm. Kawan aku yg sorg lagi da makan 3 pinggan penuh takde plak dorg kisah.

Paling sakit hati bila kawan aku yg gmuk tu tak pernah cuba diet pun... aku?? korg fikirla sendiri.

Pasal percakapan aku. Bila kwn aku yg sama dgn aku kenakan org lain, mencarut kat orang lain..dia tak amik port pun...tapi janganla hazwani sulaiman yang bercakap. Pasti ada yang akan terasa, kecil hati..baran..dan sebagainya.

Pasal perasaan... susah untuk mengaku segalanya. Semua perlu di jaga. Apa yang ku utarakan bakal menjadi perbualan hangat. Bagaikan artis, cerita pasal diri aku pasti akan di jaja.

Aku da bosan dengan semua ni. Sampai bile???

Adakah ini suatu kurniaan yang perlu disyukuri..atau ujian yang perlu diredhai??



Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya.

Wow....its raya radilll!!!

Pejam celik, dah sebulan dah kita berpuasa..dan hari ini..semua umat islam di seluruh dunia sedang merayakan kedatangan bulan Syawal yang penuh berkat ini.

Seperti biasa, raya umah aku simple. Rasa macam makin kitorg besar makin simple. Baju raya je masing2 tak simple.egege. Yang paling busy tentu la cik jenab. Tunggang terbalik dia masak kat dapur tu. Sambil mulut dia cot cet2. Kalau tak jumpa bahan..mula la dia baling barang2.

Tahun ni tak banyak yang aku boleh buat. Sbb balik pun dah last minit. Seb bek akak aku da kembali, jadi dia la banyak tolong mak aku.

Seperti biasa, aku dan adik ku, amil akan setelkan perkara pengemasan rumah. Bab masak ni aku akan tumbuk kacang jek. Sbb nyer, aku je yang expert tumbuk kacang tu mengikut selera ibu bapa aku. Mesin2 tak main, hilang rasa. Tapi almaklumlah kalau miss venil dah menumbuk, sambil ngadap internet...memang berjam jam lah kan.

Tahun ini lebih meriah, dengan kehadiran 2 ahli baru keluarga kami..Ammanina Zahra dan Nurul Qistina Jariah Salsabila.(yang tu sume org panggil dia Qis aku da tkr jd bella..twilight nyer psl). Rasa cam besar plak family aku. Masa last day puasa, kami semua berbuka ramai2. Pehh..dgn keriuhan anak buah aku yang berebut nak makan sama. Seronok nye.

Aku ada 4 org dah anak buah..Tica, Frina, Bella dan Nina. Kalau tahun lepas Tica dgn frina dpt 100 sorg..tahun ni dpt 10 hengget jek!!! Auntie wani da bankrupt!!! Tetiba..si Tica tu dtg bisik2 kat aku..

"Auntie tahun ni tica pose penuh!"
"Owh ok."
"Minggu depan bday tica"
"Errrrr..okayyyyyy....."
"Jangan lupe tau!"
"Tica nak hadiah apa?"
"Nak barbie doll!"
"Tica dah besar!Bende lain?"
"BAJU!"
"Kalau auntie belikan kamus bahasa inggeris ok tak?"
"Baik auntie tak payah tanya tadi.."

Gulp gulp...ha si tica ni mmg pandai menjawab. Aku ingat lagi kejadian bile aku marah dia sbb cakap bodoh..dengan selambernye dia jwb..."tica cakap kat lokman.Auntie lokman ke?"

Adoi!Padan muke aku kan. Sekarang ni Frina tu pun da nampak gaya2 pandai menjawab. Abg dan kakak ipar aku selalu salah kan aku sbb aku selalu loyar buruk depan budak2. Err..ye ke?

Hari raya tahun ni, mak aku happy. Sbb kakak aku dah berubah. Alhamdulillah. Akhirnya dia mau jugak turunkan ego dia da akui salah silap dia selama ni. Ha, da ader anak baru tau!Senang hati aku. And tahun ni kitorg semua walaupun msg2 sengkek..share2..tau2 ader 15 jnis kuih yg kitorg beli..ooppsss..tak sengaja..aku sempat beli baju utk mak aku, and kain utk ayah aku.

Aku lega tgk sume org rilek jek. First day raya bese le..kitorg dok umah je. 2nd baru balik kampung dan berjalan ke rumah sdare mara yg ader. Alhamdulillah.

Dan sempena hari raya ni, aku mintak maaf kalau ader tersalah cakap, terpukul, terhentuk, tertipu, tertuduh,termaki..harap di maafkan lah yer. Selamat begembira dengan baju baru..and utk yg kerja tu...nak buek macam mano..cari rozoki kannn..bersabar yo lah!!!


Sunday, September 6, 2009

Huh.

waw...sunday morning..and aku kat rumah!!!! Lama tol tak rasa macam ni. Ingat nak cuci tolet tp letih badan aku tak hilang lagi so abaikan je la. Dan aku PMS.. So sah sah post hari ini akan lebih beremosi dari biasa.

Aku sangat bosan. I know i've been dedicated myself working too much lately. Well, it seems yang aku seronok buat nampaknya sekarang ni. Walaupun ia sumthng new and pada dasarnya bukan la keje yang aku suka, tapi aku cam kaaaayyy and layankan je.

Tapi..

Bila terlalu banyak buat keje, masalah lain plak dtg.

I felt lonely.

Hmm... orang tanya kenapa aku rasa di abandoned?? The fact is..i dont have any one on my side right now. And people akn ckp..ko tu asik keje je. I have my own reason for that, but in the same time, aku agreed gak dgn org. Bile aku asik keje aku lupe ppl around me. Sbb tu kalau aku terasa dengan kwn2 aku, ssh nak heal sbb aku asik pk hal keje aku dr pk hal org yg da buat aku geram tu.

Tapi pagi ni.. aku sangat bosan. Baru aku sedar aku takde orang yang aku boleh kol..and asking them out. Ada, tp in the end ader je yg aku akan tapis so sdhnye..tak payah je.

Mana pegi kwn2? Wait..aku takde yg betol2 rapat dgn aku sbnrnya.. Semenjak aku di stab bak dan di uji oleh Allah dengan beberapa org manusia yang benar2 cuba nakbunuh aku, aku da memilih and sng cerita..malas je nak buat kwn. I have intan, but I'll bet she is busy wit her bf. Biasanya sham yang akan paksa aku spend time dgn dia, thats why aku tak reply meseg dia pg ni.

Skrg aku jarang nak ngadu nasib sgt dgn sham, jgn cakap ngadu..nak buat muke masalah pun aku mls...akan banyak soklan dan bebelan. Dia dah miss lots of part in my life..yelah since aku masuk uitm and keje damansara, dia cuma tahu hal aku dari amat je. So da dapat aku depan mata mmg la macam2. That is sham. Dalam kekejaman dia sbg seorg kwn, dia yg plg care and penyebok sbnrnya.

Aku tau..akan ada org cakap..TOO BAD you dont have anyone in your life..and ada yg siap ckp aku yg choose diz way. Ader sorg manusia tu lagila..dia jwb.."Slh i ke kalau u rasa alone and takde kwn2?" Satu perangai aku, aku tak suke nak cari org..sbb nye..aku tak suke rejection. A risk yang aku tak sanggup amik.

Hmm... bosannye.

G kerja sensorg.. balik keje sensorg...dok umah sensorg.. Hari ahad sensorg. Tak tau mcm mana aku nak gambarkan perasaan aku.

Sesungguhnya aku tak pernah sangka aku akan hadapi masalah ini and percayalah kalau org yg kenal aku dr kecil pun mesti tak akan percaya aku akan hadapi mslh ini sbb aku semmgnye banyak kwn2 masa keck dulu. Tapi..kwn bersukaria.

Kwn yg betul kita rasa best utk lepak, kwn yg kita boleh habiskan masa seharian dengan dia?? And takkan berkira?

Sad..so sad... Lebih sedih bila instead of understand and give me time, they choose to blame my self for all this.


Wednesday, September 2, 2009

Fragile 2.

I know you have been a good friend and have been treating me nicely all the way. I know i cud never be as nice as you are. You are the best amongst the best.

But that doesnt mean you can come and go whenever you like. To be left, hanging without string by a friend is not good. I always dont like it.

Now, look what have you done. That small, hard heart bleeds, again.

Prevent is better than cure.





Tuesday, September 1, 2009

Fragile.

I believe there's people out there think that i am selfish, ego, irrational, stoopid, emotional, and unpredictable and so on.

But i also believe that those behavior develop in me because of other people too.

Monday, August 31, 2009

Pagi yang gelap..

Akhirnya aku betul2 bersahur bersama family. Setelah melalui 2 minggu yang hanya di penuhi dengan kerja dan numbers. Pagi ni baru lah betul2 berperasaan bersahur dengan family aku.

Walaupun hanya aku dan mak dan abah je ada. Adik aku exam and the rest dgn family msg2 la kot. Baru rasa normal. No more mamak's food, sounds of car, or seeing rats running here and there at the stall, cuma bunyi kuali mak, suara abah and home dishes. Di susuli plak dengan bunyi2 sayup orang baca al-Quran dari surau.

Pehh rindunya suasana ni. Kt umah Kepong mimpila nak dengar org baca Quran.

Bestnyer kalau dapat buat hari2.

(lagi best sbb buka mata sume da ready, tak payah nak kena drive kuar or prepare sendri.)

Sunday, August 30, 2009

Abandoned.

First of all...Fea..crocs oren aku kat kau ke??

Then..aku tak tau asal insan-insan terpilih yang rapat dengan aku sekarang sume hilang. Rasa di abandoned plak. Aku boleh pikir (or paksa pikir) yang maybe mereka di ambang masalah, tapi aku macam susah terima. Tetibe hilang and tak menjawab segala sms or kalau jawab pun sepatah. Kalau marah or tak puas hati cakap lebih senang kan. And tak salah pun kalau korg hantar a sms cakap korg ader mslh.

Hmm.. Biarlah. As long as u guys are happy. Aku akan kekal begini..

Aku di gemparkan dengan panggilan dipenuhi tangisan oleh Afiq today. Selalu mcm tu, di kala aku sedang tertanya-tanya dimana insan2 terpilih menyepi tanpa berita, akan ader org dtg menagih simpati dan tempat mengadu kat aku.

But sorry kawan, zaman sekarang ni tido sangat penting. Kerja aku memerlukan fizikal dan mental yang sihat.

Masing2 dah besarkan. Tau mana baik mana buruk.

So... pandai pandaila..take care.

Auuuuuuuu.....


p/s: Venillia is now inging.."i'm leaving..on the jet plane...dont know when i'll be bak again.."

Friday, August 28, 2009

PTPTN Oh PTPTN!

Seperti biasa aku berbuka dengan Sham lagi.

Well mmg since puasa aku banyak habiskan masa dengan dia. Apo la nak jadikan, esok sah sah time raya aku ngadap dia. Siap kitorang da plan da apa nak buat on the first and second day of raya tahun ni. Walaupun aku da dekat dengan intan n sham, tp aku ssh sikit jumpa intan sbb dia selalu dgn BF dia. Maleh la aku nak join. Sham pun malas. Jadi aku berdua je la.

Aku kuar opis lambat, sbbnye aku tak nak tangguh keje and dtg opis balik lepas buka. Hasilnya, bila aku sampai umah sham untuk berbuka makanan da habis. So Sham dengan rasa bersalah pun bawak la aku kuar pegi makan kat mamak Ramania. Makcik tu punyer telur masak merah aku rasa aritu sedap, arini potong plak. Tak habis aku makan.

Sambil2 tu kitorang pun berborak. Dia tanya tentang progress loan kete aku tu. Dengan sedihnye aku bgtau yg EON nak amik dengan syarat ada gerento. So aku decide nak tarik je dulu. Aku manade orang yang boleh jadi gerento. Nasib aku la dapat dugaan seperti sekarang ni.

Pastu dia tanya asal, aku cerita kan je apa yang di sampaikan oleh salesman aku yang tak ble pakai. Bila tanya sume bole, time buat tak bole. Haram.

Tetiba...

"PTPTN KO DA BAYAR??"

Ooopss.... err last time aku bayar bulan 8..tahun lepas. Lalalala..

"Ada kena mengena eh?"
"HA LA!!"

Ternganga aku kejap. Pastu Sham bgtau aku yang PTPTN ni di masukkan ke C-CRIS(or sumthing like that), so kalau tak bayar consistently mmg akan jadi problem la. Aku anggukkan je. Time tu jugak Sham suh aku amik laptop and broadband aku n cek PTPTN.

Fuhhh.. "Notis guaman." Maknanya belum blacklist. Masih boleh ke oversea. Bila aku tengok baki aku ader 110 bulan lagi to go. Waw!!

Mati aku. Menyesal aku amik loan masa belajar. Dulu njoy2 dengan duit tu, ha sekarang hadap la bayar. Sham kata PTPTN mmg strict, tak macam perbadanan pinjaman yang lain. Pastu mula la kuar nasihat2 brother dia kat aku.Time ni jugak aku rasa kalau boleh nak kumpul semua barang yang aku beli masa dapat duit tu, jual balik.(siap ader keinginan nak jual transkrip).

Sham suggest aku amik volks wagon yang lama, beli cash pastu simpan duit maintenance monthly. Ada member dia nak tolak 4k jek. Gile. Kalau zaman UITM aku dulu, tak payah pikir aku mmg kuarkan la. Zaman sekarang tak payahla. Memangla sham kata boleh tolong maintainkan, tapi kalau mati kat Sentul, dia boleh datang tengokkan? Belum tentu.

Last nye dia cakap dia akan try tanya kawan dia apa yang boleh buat dengan kes aku ni. Kira mintak advice la. For the meanwhile, dia nasihatkan aku bayar aku nye PTPTN so that C-CRIS aku cantik balik. Shesh..tambah lagi satu bil hutang bulanan. Makin lama makin banyak pulak. Kena selalu buat OT la macam ni. Sila abaikan mata yang bengkak.

Luckily, kat tempat keje baru aku ni, every hour is paid. Keje lebih insyaallah dapat lebih. Insyaallah murah rezeki aku bolehla langsaikan hutang2 aku dengan bank or kawan2 sedikit demi sedikit. Amin.

Monday, August 24, 2009

Sukses sukses.

Pedih mata dan sakit badan.

Itu yang aku sdg tanggung sekarang. Akibat tak tido dengan cukup selama seminggu. Gila kan. Aku stay up kat opis sampai kul 3 pg da 3 hari dah. Pastu pagi2 da nak masuk opis balik sbb banyak keja nak kena habiskan.

Tugas aku kat sini lain sikit. Tak macam capital aku lebih coordinate events, sini aku lebih kepada clients servicing dan sales. So this week the task is to fulfill the requirement targets that given by Celcom. Sekarang kerja aku membersihkan taik je sebenarnya. Sbb org sebelum ni dah buat ikut sedap sehingga menimbulkan problem yang byk, jadi team aku datang sebagai jentera pembersih. Orang yang buat taik tu plak, sedap2 tinggalkan macam tu je.

Pening kepala aku. Sebelum aku decide to join this team, the boss bgtau aku yg celcom projek banyak masalah, i really thought it comes from the client. Tapi bila da join, i realize it comes from the person in charge itself. Aku pun hampir bergado dengan salah sorg dari dorang sbb planning tak betul.

Sales planning dah cantik meletup dah, jap g sbb ahli dia sendri sume cock up. Seorang buat hal, satu team susah. Pastu nak emo2 plak. Aku mmg pantang lah kan. Sbb org lain aku plak nak kena tanggung. Maka oleh kerana kelaseran mulut, dan yg tuan dengar plak emosi tak menentu, 2 org da resign. Sorry la babe, aku straight to the point je.

Hmm.. Sudahnye..harini semua benda kena duduk balik, and do a new plan. Aku rimas tul bende dok tukar2. Yang paling tak bes skrg..aku nak kena take over sume without any guideline. Sbar je la aku. Nasib baik bosses mcm kata they will half of it. Kesian jugak aku tgk bosses ni. Sbb dorg believe kat sorg mamat, hancur sumenye. Skrg ni, reputasi company pun terjejas.

Seb bek bulan pose. Kuat sikit kesabaran aku. Tp badan ni tak payah cakap la. Lemah. Aku rasa selalu menggeletar. Mau tak nya, aku rasa paling last pun masa zoom tu yg aku bekerja keras. Tapi masa tu aku tahan lagi sbb makan cukup. Skrg pose.

Aku anggap ni dugaan untuk bulan pose tahun ni. Bawak bertenang je la aku.

Thursday, August 20, 2009

Giamax - Brand tak best tu.

Maka..aku sudh pun resign from my previous company..or.. Capital.. Sekarang aku dah pun mulakan era aku sebagai freelancer di satu company. Apa nama company tu..rahsia..he he he.. Ye kengkwn, sesapa yang risau aku resign tanpa kerja baru tu, jgn risau dah ok. Ha sampai sekarang aku still kat opis sebab kerja yang bersepah. Gila, kerja aku sekarang membersihkan taik yang orang sebelum ni da buat. Da tu..lain dari job scope aku yang sebelum ni. Takpe la, as long halal.

Minggu ni aku dikejutkan dengan beberapa berita yang sesungguhnya aku tak paham..kenapa ia berlaku.. Makin lama makin ramai manusia pelik yang aku jumpa. Antaranya..ialah yang sekor ni..marilah kita menggelarkan dia..emm... ha! Giamax.. Nampak je cantik tapi cepat rosak. Hehehe..

So this is what happen...

Remember the post..Kenapa Lelaki itu Bodoh?..kay..so Giamax tu aderla lelaki tu. Selepas gagal nak pujuk aku last week, dia datang jumpa aku last 4 days. Pada pendapat aku dia cam cuba nak memujuk, tapi maybe sbb aku buat dia betul2 macam kawan, so dia biarkan je kot. The next day, aku dikejutkan dengan mesej dari dia yang menyatakan..HE'S GETTING ENGAGE!! Memang terkejut beruk aku.

So pada mulanya aku ingatkan dia akan bertunang dengan ex-GF dia. Aku abaikan je la. Aku pun da poyo tak herankan dia dah. Walaupun dalam hati sakit la sikit. Tapi selang sejam kemudian, tetibe ex dia pulak tersend mesej kat aku. Aku pun berbicara la sama dia. Aku cakap la bagusla you dengan Giamax da baik. Dengan perasaan terkejut, dia reply..

"Eh, manade i baik dengan dia..dah sebulan i tak text dia."

oopsy..kekeliruan aku di situ. Apa yang sedang berlaku?? Korek punya korek..sah dorg ni mmg tak berbaik. Aku diamkan je. Pelik..Kenapa dia ni cakap nak tunang, tapi minah ni kata dorg mmg clearly takde pape. Apa yang dia sedang lakukan? Tapi. Akhirnya semua kekeliruan terurai pada esok harinya.

Pagi2 lagi si ex ni mesej aku.

"You..i sedih ni.."
"Asal?"
"Patutla dia tu tak kisah jek i mintak putus..rupa rupanya dia dah ader orang lain!!!"
"'Hah!!What??Mana u tau?"
"Dari fb dia...dia cakap Missing someone...bila kawan i comment dia delete tapi pastu dia jawab comment orang lain siap bgtau sapa nama pompuan tu!"

Wow!! Dasyat bukan. Dalam satu masa dia cuba nasib pada 3 org gadis. Ternyata gadis yang ketiga itu berjaya. So aku tau la dengan perempuan itu la yang si Giamax ni akan bertunang dengan. Sebab dia siap pegi Genting Highland dengan family minah tu. Tah bila la masanya dia pegi tu kan. Dari hasil siasatan PI tak bertauliah aku, maka aku tau lah kenapa. Minah tu akan berangkat ke indonesia untuk belajar, so Tunang cepat2. Hahaha.. gadis gadis..ko tak tau siapa Giamax tu sebenarnya. Kau kat Indon, dia buat Malaysia macam New York. Kitorang ni yang kenal dia.

Selama dua hari aku bermeseg2an dengan si ex sbb dia sgt sakit hati. Tapi aku tak bgtau lagi pasal Giamax ni bgtau aku dia nak tunang. Kalau dia tau aku tak tau la. Tapi so far yang aku tengok, dia agak kuat. And dia tak tau yang Giamax ni nak kat aku masa dorg still together. Tak tau aku pun sakit hati bukan sekadar sbb apa dia buat dekat minah tu, sebab betapa twisted nye mamat tu!!

So itulah ceritanya. Alkisah, si Giamax ini dulu hanyalah lelaki brand biasa. Yang tak punya apape. Tapi sejak kebelakangan ni Giamax dah bukak outlet kat Jusco so market tinggi sikit, lupa daratan la sikit. Lupa orang yang dah bersusah payah dengan dia dahulunya. Jumpa yang highclass, terus berpaling tadah. Adess. Kesian ex dia. Aku doakan dia lebih tabah.

As for me, sah sah aku tak rasa pape. Sebabnye...aku sebok dok ngadap kerja aku. And aku tak suke brand macam tu, luar nampak cun, jap g pakai kejap rosak. Ahhaha..suke hati je aku samakn dia dgn brand henbeg dr China yang macam haram kan.

Lalalala... itu sahaja utk minggu ini yar.Nanti aku update lagi. Habai.

Friday, August 14, 2009

Camera part ii.

SMS Venill dan Fazrozen..today....

"u..raya dah dekat ni.."
"So??"
"U jangan lupa..."
"Lupa apa?"
"Kamera i..u dah pecahkan sila ganti..."
"Erk....err...perlu eh?"
"Perlulah!Jangan nak mengada..."
"Ok..tapi u pun jgn lupa..."
"Apa plak??"
"iPod i u dah hilangkan...harap ganti.."
"Eh...org curik kot..."
"Sapa yang letak sepah?"
"Mana i tau nak kena curik!"
"Ha mana i nak tau kamera u nak pecah!"
"I ganti dgn MP3 yang bese ea.U pun nak belikan i kamera yg 2times cheaper kan?"
"Mana boleh..kamera u tu zmn u beli tu mahal..skrg mmg harga dia centu..by the way teknologi dia lebih canggih..u nak gantikan ipod i dgn sumthing yg tak boleh di comparekan!Tak kira i nak ipod video gak!"
"Ala u ni..kalau tak nak ganti cakap je la taknak..banyak alasan plak!"
"Alhamdulillah akhirnya u paham..."
"emm.."

Maka untuk mengelakkan pergadohan yang berpanjangan Fazrozen terus tukar topik kerana dia tau takde harapan la dia nak paksa aku ganti kamera tu..agege...selamattttssss...

Thursday, August 13, 2009

Gagal lagi sekali.

Maka harini aku bangun dengan perasaan yang sangat tak best. Gloomy. Stress. Frustrated. Tak berasa nak senyum pun. Apetah lagi nak keluarkan perkataan dari mulut ni. Dah agak da sbnrnya. Semuanya sbb hal semalam. Nasib baik aku dok umah sensorang, kuar g keje sensorang, sampai opis pun sensorang.. So tak yah la aku cakap banyak sangat.

Semalam bermula dengan indah sebenarnya. Dahla aku bangun lambat, pastu kat opis pun ader keje yang aku memang enjoy nak buat. Pastu aku da plan nak g berfofoya dengan budak Legenda. Tapi ingatkan matahari sampai petang, sekali hujan di tengah hari (main sebat je aku kan). Balik dari jumpa org printing tu aku dapat kol dari orang bank. Menyatakan loan aku telah di rijek.

Seperti biasa aku bila kes kes macam ni, dia terus attact kepala aku. Terus migrain.

Aku terus kol sales person tu, tanya apa yg berlaku ni. Dia terangkan kat aku tapi aku cam dah tak leh nak compute dah apa yang dia cakap. Yang aku tau dia akan mintak bank tu tolong pertimbangkan aku nyer loan. Hmm. Tak kira la tapi benda ni da start semak dalam kepala hotak aku ni. Aku dengar jugak dia cakap maybe aku kena cari gerento..

GERENTOOOO??? Mana aku nak cari siotss!!!!

Aku diam je. Frust sgt. Aku bgtau Fazrozen lepas tu dia dah mula tanya macam2 soklan. Sudahnye aku cakap kat dia aku tak nak cakap apape nanti aku mesej dia. Then aku kua dgn fea pegi Batu Caves. Macam biasa aku berlakon lagi sebab tak nak nampak serius sangat. On the way tu aku dapat mesej dari Marc Jacobs.

"Petang ni i nak g jumpa angah kat Cheras u nak ikut tak?"

Lama gak aku pk nak reply tu. Ikutkan hati aku nak g jumpa dak2 legenda tu. Sebab akmal nak g Sabah so cam bese la kena bergather. Tapi bila fikir pakcik aku yang sorang ni mesti boleh bagi aku nasihat yang relevan dan masuk akal, so aku terus kata ok. Memangla kalau kua dengan dak legenda ni aku akan enjoy, tapi aku tak dapat nak kuarkan perasaan yang aku ada and segala ke-frust-an aku. Dengan MC aku tak la segan nak meluahkan segala nya dgn cara aku kan?

So aku jumpa dia. Dia tunggu aku kat Petronas, ikut aku g hantar keta kat umah pastu kuar balik. Sempat aku naik umah tukar suar. Malas aku nak dgr si veteran tu membebel tgk aku pakai suar lusuh n longgar. Sampai kete tgk2 dia dah stanby kat passenger seat sebelah driver. Hampeh. Haritu kutuk driving aku tapi suh gak aku bawak kete dia.

"Nak g mana ni?"
"Eh. Ni tempat u mana i tau. Kita jumpa angah malam sikit sbb dia busy."
"Hmm. U nak buat pe skrg?"
"I nak makan la. Lapar. Dari tgh hari i tak makan."
"Yeke..ha jomla g makan kang kurus plak."
"U i tak paham kenapa u sentiasa ada idea nak kenakan orang."

Nasib kau la MC. Dapat anak buah macam aku. Orang lain mmg takut dgn kau, aku tak payah harap. Pastu kitorg borak2 lagi. Dia citer pasal ex-GF dia yang psycho tu yg dah menyebarkan satu Malaysia pasal alkisah aku ngedate dgn MC. Yer, satu Malaysia, bukan satu Sban. Kalau aku artis konfirm dah masuk dalam Ohbulan.com, or ohArtis.com tu.

Ramai orang kat Sban tak tau aku bersaudara dengan dia ni. Sbb sebelum kitorang tau kitorang ni sedara kitorang dah berdating bagai nak rak, bercinta sakan. Sekali time raya terserempak plak kat umah nenek aku. Alih-alih dia ni kezen mak aku. Shite!

Dia cakap nak makan makanan jepun. Aku pk sushi je la. Yesss!! Suka aku. Pastu dia tanya aku asal aku diam and masam jek. Aku terus la bukak cerita...

Sama macam aku dia pun tak paham. Tapi, seperti yang diharapkan, dia memang dapat bg aku nasihat dan pendapat yang relevan serta yang boleh kurangkan frust aku. Tengok muke aku tetap bermuncung, dia terus kata tak nak discuss benda ni. And..i can decide apa yang aku nak makan. Well memula aku ok la nak makan Jepun tu. Tapi sampai sana kitorang nampak Tony Roma's terus je kaki masing2 pegi situ.

Masa tengah makan pun dia still bagi aku kata-kata semangat. Ape tah..kata tak nak discuss tp dia cakap jugak. Pastu mula la dia membebel aku take thing seriously la ape la. Aku mmg pantang..terus aku lepaskan segala ke-jem-an aku kat dia. Sambil gelak2 dia tengok aku membebel..tetibe...

"OK..Apa kata kita pegi beli kasut baru untuk u?"

Aku cam..WHAT!!! Ape kene mengena!!!! Dia paksa jugak lepas makan dia bwk aku masuk sume kedai kasut kat curve tu. Dia agak tau yang aku tgh cari flats, so dia suggest kan aku itu ini. Tapi dia ni dah berumur, and da terbiasa dgn ex dia yang slalu beli brg mahal tapi nampak fake..so aku cam tak berperasaan jek. And sah sah la aku takde mood. Sdhnye kitorg masuk kedai CD, aku mintak dia belikan aku cd Afghan jek. Yay!!

Pastu kitorg gerak g cheras. Aku still lagi muncung. Sambil2 tu MC still lg bg aku suggestion pasal kereta ni. Macam2 idea lah. Aku tak pay much attention as aku mmg still sedih. Pastu dia membebel lagi tak paham kenapa aku sedih sgt. Aku diam je ah. Malas nak jawab.

Aku jumpa angah,borak-borak amik apa2 yang nak amik, pastu chow. MC still lagi nak buat aku tak frust sgt psl kete ni. Ha masa tu terkeluar la cerita2 yang dia tak pernah nak ngaku. Aku dah agak dah org tua ni, sama je cam aku. Tapi malu nak ngaku. Bila aku aku dah ngaku aku kaki club n minum baru dia cam open sikit dgn aku. Klakar plak.

Dia hantar aku balik..n before balik dia suh aku bawak bertenang. Jangan nak amik things seriously. Esok dia kol n tengok apa dia leh buat. Huh. Macam mana aku nak bertenang. Malam td pun aku dah takleh nak tdo.

Bangun pagi dah sedih nak buat macam mana dol. Breakfast pun mls. Harini abg sales tu akan kol aku bgtau result nyer. Hmm..tah la...sakit hati jiwa dan raga den. Tak tau nak cakap or describe macam mana. Asik sangat jadi. Tunggu jo lah nampak gayanya.. OMAAAAAKKKK!!!

Tuesday, August 11, 2009

Just another plain day.

Lalala.. Dah sampai balik perangai nak update blog setiap hari ni. Bukan la maksud takde keje nak buat, tapi sebab aku dah tak banyak cakap dalam opis kan, lepas kat blog la jawabnye. Harini aku godam lagi website yang ader template for blog, tapi aku tak jumpa yang aku berkenan. So sudahnye aku biarkn dia plain black balik. Senang. Macam life aku sekarang, plain. Simple.

Pagi2 dah ader miting harini. Miting sampai aku lapar. Dah lama tak kena tu. Habis miting terus je aku culik kak sha g makan. Makan mi kari kat Pappa Rich. Punya la mahal. Mi kari sampai 9 hengget. Tapi berbaloi-baloi! Layan gile. Kak sha plak makan mi laksa. Pun layan jugak.

Balik dari lunch aku nak hantar suhairi air, terserempak dengan abang zul plak. Terus dia panggil aku masuk bilik teknikal. Macam ader pape je bunyinye kan. Wahaha. Aku masa dia panggil tu aku da malas da nak pergi. Mesti nak korek rahsia ni. Kan betul. Macam2 soklan dia tanya. Kenapa, mengapa, sbb apa.

Aku tergelak-gelak je. "Takde pape la abg zul". "Ish abg ni, mcm tu plak. Takla." Gelak lagi. "Tak, takde pape. Betul." Gelak lagi. Gedik plak aku kan. Tapi mmg terer la abg zul dgn cubaannya. Sorang2 dia tanya. Aku cam biasa la. Indenial. Hehehe.

Pastu aku masuk opis balik and sambung keje. Aku kena buat surat dalam bahasa melayu. Ha. Tak setengah jam plak aku buat. Nak create ayat dalam bahasa melayu tu bukan senang sebenarnya tau. Pastu diselitkan plak dengan kekhayalan aku baca blog org yg klakar2. Lolz.

Lepas ni tak tau nak g mana. Jumpa amat bagi cth design kat dia. Pastu aku ingat nak balik and habiskan masa kat umah. Eh. Foundation dah habislah. Hmm..

Nak g beli ke tak. Ader kat tropicana mall tu. Aku cam malas nak pakai Loreal lagi. Haritu aku ingat nak beli Mac nyer. Skali aku try stage nyer barangan mmg cool lah kan. So aku decide nak beli Stage je. Support Malaysian product babe. Yer, Stage tu barangan keluaran Malaysia.

Tapi tropicana mall tu leceh la. Tak tau celah mana nak masuk. Nak kena U-turn lah ape la. Jauh lak tu. Hmm. Tgk la macam mana. Tak paham aku. Camne la org buat shoppin mall tetepi jalan mcm tu.

Dah la. Tah ape ape je aku tulis. Nak balik la. Ha bai.

Monday, August 10, 2009

Kenapa Lelaki itu Bodoh?

Harini aku balik awal. Sbb sume org dah tingalkan ofis so aku tak nak la tinggal sorg2 kat atas tu kan. Aku ingat nak kemas rumah harini. Sbb cam dah lama gile tak menyapu. Tapi, first thing yang aku buat..tido.. Hahaha. Terlelap sebenarnya. Aku terjaga selepas bunyi meseg dan kol yang tak henti2. Kelam kabut..tah asal aku rasa cam aku bangun pagi and aku dah miss the whole day of working. Shite.

Bangun2 aku terus amik vacum. Tak menjadi aku simpan balik and menyapu. Ha amik, setelah beberapa lama tak mengemas, sebakul habuk kat dalam umah aku. Dalam aku tgh kemas2 tu, tetiba telefon bunyi.

Hmm. Nombor ni mmg aku kenal. Which is aku harap aku tak penah kenal. Aku biarkan je dulu. Tgk dah 3 kali aku angkat.

"Hmm..."
"Wani??"
"Apa?"
"Kau buat apa?"
"Mengemas."
"Ok. Dah makan?"
"Belum...kau nak apa?"
"Saje nak borak."
"Aku sebok ni. Just straight to the point."
"Ok. Babe..i'm so sorry. Can we work things out?"
"Tak kot. I'm not interested. I'm done with you."
"Aku tau aku slh babe. I dont put much effort. Itu la aku call ko balik. So that aku boleh fix things. How bout if we start it from scratch balik? Please babe. Right now i have to admit that i need your presence."
"Ah boring nyer citer kau. Aku dah bgtau aku tak interested. By the way aku da tau kau sapa. Banyak sgt cerita yang aku dgr. Macam sume org kenal kau skrg. You are never what i thought before. Sorry babe. Your time is up. Aku tak nak bazirkan masa aku."
"Please. I'll promise aku akan put 100% effort this time. I'll do anything."
"Lolz. Tak payah la. Its not effort jek. Banyak lagi. You lied. Kalau skrg kau cheated on your so called ex, later kau akan cheat on me jugak. Buat apa sial. Skrg sbb dia dah tinggalkan kau sbb tu ko cr aku kan? Aku tak nak repeat the same mistake."
" Mana kau tau?"
"Dia kwn aku skrg."
"hmm..but thats not the point. I admit my mistake. Please la bg aku another chance. Aku dah regret apa yang aku buat."
"Well, thats not the point to me either. Aku pun regret for trusting you and gave you chances before. Dah la weyh. I got things to do."
"Kau tak macam ni wani. Kenapa tetibe keras hati sgt?"
"Sbb i'm tired."
" So ko tak nak bg aku chance langsung? Are you sure about this?"
"Yes. Very sure."
"Fine then. It was nice to know you. I had fun masa lepak dgn ko. I'm gonna miss those time."
"Watever. Aku nak letak. Bye."
"Bye."

Dan sejam lepas tu aku bila aku check facebook dia dah pun delete aku dr friend list. Hmm.




Seharian Bersama Cik Jenab.

Sabtu pagi, macam biasalah.

Terjaga sebab bacaan yassin. Cik Jenab ni mmg rajin baca Yassin di waktu pagi. Aku tak tau la korg kan, tapi aku mmg selalu panik la setiap kali aku terdengar samar² je. Pastu bila bukak mata gelap je, pehh mesti aku terus bangun nye lah. Rasa cam aku yang di Yassin kan. Then aku bangun masuk bilik adik aku, tidur balik. Ehehee.

Kul 9 mak aku kejut.

"Nak breakfast ape ni?"
"Apape la. Sume konfirm ok"
"Mak buat pisang goreng lah ea. Air nak letak halia tak?"
"OK."

Tapi mata tutup lagi nih. Naik 10 minit aku rasa kain melibas kat kaki aku. Adeh. Cik Jenab da ngamuk le. Terus le aku bangun, masuk bilik air gosok gigi.

Maka bermula lah hari sabtu aku. Aku dok ngadap mak aku kacau air kat meja makan. Sambil² tu dia suh aku g balikkan pisang goreng. Mulut dia cot cet cot cet update aku dgn gosip terkini. Lepas satu, satu cerita. Dari perihal bapak aku, sampai lah kisah gelaran baru untuk Ayu OIAM tu. Ha, jangan main², Cik Jenab ni banyak je info dia pasal artis. Tak payah pakai internet, hadap tv jek.

Setiap kali aku balik centu la. Mak aku akan sediakan breakfast. Kalau aku dengan adik aku ader, mak aku kena buat 3 kali air. Satu utk dia pagi2. Satu utk aku, satu utk adik aku. Kalau aku bangun awal aku minum je la apa yg dia buat pg tu. Adik aku tak minum teh susu, so mak aku akan buatkan dia teh o. Mak aku punye teh susu mmg ngam. Lepas minum konfirm masuk toilet.

Kalau lunch pun macam tu. Adik aku nak ayam sambal, ayah aku plak nak makan gulai ikan. Ha dia buat je la 2 jenis tu. Nnt dia tanya aku gak, aku cam tak kisah je. Sbb kalau aku cakap aku nak udang plak, konfirm dia buat jugak nnt. Kesian dia. So basically aku yg paling belasah. Apa cik jenab masak tu yg masuk perut aku. Aku akan mintak dia tambah sayur je. Sbb semmgnye aku mesti nak sayur.

Lepas breakfast kitorg beralih ke depan TV.

"Bila nak basuh baju tu?"
"Nanti la Ma. Petang² sikit."
"Pemalas la kau ni. Nanti mak nak belikan kau robot 'asimo' tu."

Terkejut aku. Eh cik jenab ni. Ader hati. Pastu aku tengok cik jenab berulang alik. Kejap kedepan. Kejap kebelakang. Kejap dia selongkar² tmpt surat kat meja depan. Kejap dia selongkar bekas atas peti ais. Pastu aku dengar dia merungut.

"Ma cari apa?"
"Spek lama mak."
"Yang kat atas tv tu apa?"
"Owh..hehe. Maaf la yer. Rabun,tu cari spek."

Aku gelak. Cik Jenab keluar, g tengok pokok cili dia. Pastu masuk..

"Ko tau. Cili yang mak tanam ni tak pedas la."
"Owh ye ke. Asal leh jadi camtu?"
"Ntah. Mak rasa kalau kau tanam lagi elok la."
"Asal?"
"Mulut kau laser, pedasss."

Erk. Alahai Cik Jenab. Ader je point dia nak kenakan aku. Aku gelak lagi. Pastu tengok tv lagi. Cik jenab dok berjalan satu rumah sambil mengemas. Aku mmg tak payah la. Kalau aku yang kemas habis sume aku buang. Sambil tu mulut dia pok pek lagi. Ader je ceritanya. Sambil terselit lawak2 yang mmg la aku akan gelak gile babi. Cik jenab mmg macam tu. Suka buat lawak yang mengarut.

Umah tu kalau ader aku dengan adik aku je dah cukup. Memang bising. Bila aku sorang tu dgr aku gelak je la. Pastu mak aku mula nasihatkan aku pasal baran aku. Dia cakap aku ni takleh kena sergah mesti nak mengamuk. Hmm. Agak betullah. Perkara ni tertimbul bila aku cerita pasal ex-gf Madi yang hantar meseg nak bunuh aku. Dan juga pasal aku gaduh dengan seorg perempuan tepi jalan sebab dia kata aku bawak kete jantan dia.

Pastu along dgn anak2 dtg. Mak aku masak, aku g mandi. Pastu makan sama2. Lepas makan aku duduk depan tv dgn mak aku. Dia baring2 terlelap. Along plak gerak balik. Bila dia terjaga dia tgk aku.

"Apahal terkebil-kebil ni?"
"Rasa ngantok plak."
"Tadi yeye je mandi sebelum makan konon tak nak gemuk, lepas makan nak tdo plak. Samo jo."
"Tu ar duduk je ni. Takut terlelap."
"Haish. Ko ni mmg macam2 la."

Tapi tak jd apa pun usaha aku tu. Bila cik jenab masuk bilik utk solat, aku masuk skali pastu aku bantai tdo. Wahahaha.

Kul 5.

"Wani bangunla. Jom pegi expo kat stadium."
"Expo??panas ni ma..Hitam la i.."
"Ala..neraka lagi panas.Jangan kata hitam, rentung!! bangun2!"

Toink..kena kat hidung. Cik jenab da cakap mcm tu aku bangun je la. So kitorg pun pegi la expo tu dgn ayah aku. Expo barangan Malaysia rupanya. Aku tgk brg yang popular skrg mesti sabun pencuci muke, ubat kurus. Tapi cam biasa la. Aku tgk je. Yang aku rimas bila pg dgn family aku mesti sume org tegur ayah aku. Pastu kena la salam satu kg. Pastu sume tanya aku anak yg mana. ayat cliche.."Laaa..dah bosar dah ha..!"

Mmg la makcik,takkan makin mengecil.

Lepas dr expo aku balik. Mak aku bersiap nak balik kg. Aku malas nak ikut. Aku lepak pastu kuar dengan kwn2 aku yang aku baru je jumpa balik kat Expo tu.

Kul 2 aku balik. Cik jenab da tido. Tapi terjaga sbb dgr aku masuk bilik. Dia tengok aku cuci muka. Sdhnye dia takleh tdo. Layan aku borak smpai pg. Macam2 cerita lg. Kdg2 aku nak terlelap tapi aku tahankan jugak sambil main game. Pastu tau2 dia dah lelap.

Ha habis satu hari aku dgn Cik Jenab. Hari ahad tu aku dok gak dgn dia tapi aku habiskan masa dgn game jek. Mak aku ni lain macam. Kadang2 aku mintak je apa saja konfirm di buatkan. Nanti dia tanya, nak air tak?..lapar tak? Aku mesti la jwb tak. Satu pangai cik jenab ni, dia tak suke kalau dia dah buat air ke, makan ke, kita lambat2 habiskan. Kalau air before sejuk kena habiskan, makanan pun sama. Kalau tak dia paksa.

Mlm ahad aku gerak balik KL. Macam biasalah, sebelum balik..

" Jangan lupa baca ayat kursi, ayat 3 kul. Orang sergah tarik nafas dulu. Jangan main sembur. Bawak kete elok2. Beg duit jaga. Duit simpan dalam poket. Jangan selalu g club. Kerja elok2. Ingat tuhan. Banyak bersabar, bila nak marah tu beristighfar..."

dan berbaldi-baldi lagi nasihat sebelum aku balik.

Friday, August 7, 2009

Wonka Nerds.

Tau ape tu wonka nerds? Ia adalah sejenis gula-gula yang kecil dan berwarna warni.

Elle yang perkenalkan kat aku. Masa memula tgk tu macam pelik la jugak kan. Gilo apo. Sampai rm15. Tapi skali da rasa..pehhh..mmg layan. Laju je tangan ambik. Sbb dia kecik n chomel je kan.

Bende ni aku letak kat opis. Sah sah la kalau makanan aku letak kat umah tak jadi apa. Takkan berusik. So bila letak kat opis ramai lah yang akan jadi tukang habiskan. Baru senang hati aku.

Gula-gula dia der rasa masam masam sikit. Tu yg aku suka. Sbb kalau ala ala ngantok je..makan...ala-ala stress je..makan..ala-ala saje je pun makan. Memula rakan² opis pun tak bape layan sangat, tapi setelah leka makan sambil berborak, terus menjadi-jadi tangan dan mulut masing².Aku ingat si safar dengan fea suap punye suap..tau² dah habis. Hehehe. Sedap kan.

Emm.motif aku cerita pasal gula ni?? Sebab aku ingat aku beli dulu so that ia membantu dalam menceriakan hidup aku. Dengan rasa masam n kaler² dia yag sangatla berwarna-warni, sangat sesuai kay. Sangat akan membuat aku terhibur and shock.

Perasaan yang dtg bila masukkan dlm mulut, pastu dia dissolve in your mouth, then ko rasa masam² tu memenuhi mulutt..pehh...kecur air liur..sabaq wani. Aku puasa nih. Ahahaha.

Citernye. Aku tak tau lepas ni akan ader perasaan yang sama bila makan gula ni pada masa akan dtg. The happiness, the joy of enjoying and sharing the moment of Wonka Nerds. Waw.

I guess I'm gonna miss everything.

Thursday, August 6, 2009

Alhamdulillah.

Nampak gayanya hidup aku cam da start kembali normal seperti biasa. Semua yang kusut2 tu aku da dapat setel kan satu persatu. Aku rasa aku dah handle bende dengan betul. Tak kisah la kalau ader sesapa nak cakap belakang aku ke apa ke. Itu ko punye pasal la. Yang penting aku tau apa yang aku dapat lepas ni. Peduli apa aku kalau ader orang kata aku budak2. At least aku tau bezakan mana personal mana tidak.

Aku banyak habiskan masa berfikir dan merancang. And so far sume ikut plan lagi. Ok la...boleh aku tarik nafas lega. Plan aku yang dulu tu gagal. Sume larik dr schedule!

Hal-hal dalam opis aku tolak tepi. Taknak pk panjang. Dari aku sibuk dok bengang sana bengang sini, sakit pale sakit hati, baik aku cari solution dia. Tak kemana sume tu. Aku tetap akan jumpa masalah yang sama. Cume sekarang ia lebih extreme. Dan semua first expression aku dulu sbnrnye sume betul. Aku je ketepikan nya. Watever. Dah jadi dah pun.

Aku masih lagi meneruskan puasa. Tu la last yer nakal sgt. Tgk dis yer kena ganti banyak2. Tapi antara sebab lain is aku nak turun kan berat badan aku jugak. Tak tau la berhasil ke tak..tak penah plak aku g cek. Tp aku lega sbb aku masih kuat lagi meneruskan. Ni bulan puasa tahun ni tak tau la. Maybe sbb rafi takde ok kot. Agegege.

Adess. Asal lately ni cam takde idea nak tulis blog eh. Hmm mungkin byk bende yg private kot eh. Banyak yang tak boleh dibincangkan di blog. Kang tulis kat sini kang menambah koleksi orang nak mengumpat aku plak kan. Biasala manusia. Pantang terkena sikit. Aku pun macam tu kadang2.

Ha ni Hercules panggil aku turun plak. Adoi... kena basuh lagi la ni. Ayakk!! Ni yang goyang ni. Orang lain marah aku masuk kiri kuar kanan jek. Tapi kalau hercules... Menggigil aku. Almaklumlah, sifu. wuh..opis mmg sejuk tp skrg aku rasa extravaganza sejuk. ok ok. be calm. Bismillah.

Friday, July 31, 2009

Puasa qada.

Alhamdulillah da 4 hari aku berpuasa. Semoga aku lebih bersabar. Lalalala!

Tuesday, July 28, 2009

Kereta oh kereta.

Aku dah lama berisu dengan kereta nih. Entah apasal..dari las year sampai sekarang, ader je masalah nyer bila aku nak kuar kereta nih. Dari penuh duit dalam bank, sampi dah tinggal ciput dah. Ader saje halangan dia. Mungkin belum rezeki kot.

Maka kali ini aku try lagi sekali. Aku harap ader la...before raya. Aku tau kerana masalah tertentu, bank selalu reject aku nyer application. Bila aku suarakan masalah tu, mesti ader orang yang marah dan membidas, tapi harap maklum, itu sememang nye masalah yer. Takkan orang bank tu saja saja nak tipu aku kan. Aku tak nak la cakap, nnt jadi hal pulak. And kali ni aku try jugak, walaupun aku cam da sedia maklum dengan beberapa masalah yang buat aku hangen.

Akibat masalah- masalah ni, aku dah mula fikir semula tentang masa depan aku. Macam mana ni.

Kereta asal yang aku nak ialah Myvi, mungkin sbb aku dah biasa. Tapi lepas lebih 8 kali aku g apply, tetap di reject dengan alasan yang sama. Sakit jiwa tak? Last nyer masa bulan 3 dulu lah. Ok saya give up. So kesudahan nye sekarang aku pilih kereta proton jek.

Mula- mula aku konsisten nak amik Saga. Tapi biasalah, aku da memang da takde hati kan dengan kereta tu. Aku nak amik sebab dia cheap and fuel consumption dia pun save gile. Monthly tak la tinggi sangat. Aku pun banyak tanggungan.

Tapi itu masa sebulan lepas la. Aku memang budget nak tunggu raya so that dapat promotion2 yg best. Seperti diskaun yang gila babas. Tapi nampak gayanye, bila da baca pasal diskaun2, aku terfikir pasal Persona plak.

Persona lebih besar, and lebih menarik minat aku la. Eventho i dont really like side mirror dia. Tapi aku fikir, kalau kena diskaun dia, budget monthly nyer ngam, apa salah nye kan. Itu kena tunggu 1 Ogos 2009.

Sekarang yang menjadi concern aku ialah, fuel consumption. Saga memang terang-terangan la saving gile. 1.3 kan. Tapi ader gak orang cakap persona ni pun save. Especially bila da ader IAMP tu. Dari yang aku baca dari internet, (dr forum yang pelbagai), Persona manual sangat save. Yang aku nak amik ni auto. Takde plak dia tulis pasal tu. Hmm.

Hmm...aku ada 4 hari utk memikirkan jawapan sebelum aku pegi jumpa salesman tu. Aku harap kali ni takde la masalah. Kalau ada masalah yang sama jugak, aku rasa, trpaksala aku improve kan resume aku, dan all out! Ooops.

So kawan kawan, apa kata korang tolong aku. Bagi suggestion yang bernas. Supaya kawan anda yang chumell ni tak silap buat keputusan. Aku cuma nak pilihan yang betul. Dah bosan dengar nasihat yang menyebut pasal nanti takde duit nak shopping, takde duit nak makan, takde duit nak berfofoya, fikir pasal keluarga, fikir panjang, insurans,road tax..and yang sewaktu dengan nye.

Pada aku itu semua aku yang kena usaha. Kalau nak tunggu semua benda tu complete, susah jugak. Rezeki boleh di cari. OK?? Kongsi pendapat anda. Thank you love.

Tuesday, July 21, 2009

Adoi!!!

Sakit pale hotak aku nak jaga budak bawah umo ni...

Monday, July 13, 2009

Berat badan.

OMG!! Aku dah semakin panik dengan berat aku ni. Walaupun ader yang kata size aku dah kecik since the last time dorg jumpa aku,(yakni the last itu ialah bulan feb)..eh jap..Madi last jumpa aku bulan 5...hairi minggu lepas...errr...

Haritu masa hairi bgtau aku, aku cam tak layan sgt, tp bila madi n farah ckp bende yg sama..OK..mungkin betol. Ha itu yg buat aku pelik... Apa yang aku buat sampai nampak kecik sikit. Last week aku makan ikut sedap jek. Aku makan nasi lebih dari yang sepatutnyer. And aku tak exercise langsung sbb tetiap pg bgn lmbat(umah baru aman damai sgt hari2 aku terlajak).

Dia cakap maybe sebab aku minum yogurt. Emm.. Atau mungkin sbb otak aku berpusing je last week. Yela aku dok stress je dr hari senin smpai jumaat. AHHHH!!! Itu tak penting...

POINTNYER IALAH...

Tak kisah la org kata size dah turun tapi KG tu ttp sama!!!! Waaa!!! Nak raya ni bai!! Aku dah penat dah..(konon)..

Kurang makan nasi, kurang kan portion, makan jamu (jangan gelak!!), banyak minum air suam.makan ikut time (mana aku skip makan lagi dah)..aku even skipping 1000 per day kay..(kalau sempat la,tp seminggu mesti ada atleast sekali)...

Tapi kalau timbang jarum dia tetap kat nombor yg sama. Camne ni. Aku nak try yg fea guna tu takut..tak larat babe nk g toilet selalu. Mmg aku salute la dgn fea tuh.

Ok ok...calm down wani....so skrg buat balik apa kita buat dulu..excercise...kurangkan makan lagi. Emm..tp idea minum yogurt tu cam best lah..

Aku tau ramai yg cakap aku cuma perlu firm kan badan aku je..tp tetap kalau boleh aku nak kuruskan sikit bdn aku..Tak kira!!! Aku tak suke tgk baju n suar yg aku tak konfiden nak pkai lagi padahal baju tu elok lagi. Waaa!!!

ok wani..boleh punyaaaaaaaa....Disiplin sikit.. emmm..ajak amat g joging pun ngam jugak idea tuh.. Ah tapi aku tau la mamat tu..mesti aku lari lagi banyak dr dia. Ahh..lompat kat umah sudah!!! Chaiyok2!!!

Friday, July 10, 2009

Diragut.

My great experience of all. Selalu baca dalam paper je, now aku sendiri yg alaminyer.

Aku telah di ragut oleh seorang rempit kat suzi corner. Sedihnye. Semua berlaku dalam masa 10 saat. Syukur aku tak apa apa semasa diragut tu. Tapi kehilangan another favorit wallet dan duit dalam tu agak menyedihkan.

Haritu hp, ni wallet plak.

July is not my month i guess.

:: Teringat mak selalu pesan hati2 dgn peragut kat mana mana je ader. Selalu aku jwb, alah takde la..mak jgn la doa mcm tu. Degil ckp mak lg.

Saturday, July 4, 2009

Painfulll!!!

Hari ni bangun pagi je sakit perut yang terlampau. I cant even stand on my feet. Aku terpaksa merangkak ke toilet. Sakit sampai berpeluh-peluh.

Pegi jumpa doktor, katanya, Ini adalah penyakit normal perempuan bila ovari melepaskan telur-telurnya. OMG!!

Dan dia bagi aku ponstan bernilai RM20. Yar thanks!!

Thursday, July 2, 2009

Dia datang...

Maka, the first stage of PMS sudah bermula.

Buktinya-

1) Aku takleh tido and menangis sepanjang mlm tadi tanpa sebab2 yang kukuh.
2) Rasa kosong dan alone.
3) Teringin nak makan bread pudding and cupcakes
4) Bengang dengan mail sebab reply mesej aku 2 jam selepas aku mesej dia.. Bodoh la mail tuh.

And aku teringin sgt coklat crunchy with honeycomb tuh..tapi dah tak kuar dah.

Tuesday, June 30, 2009

Outdated.

Dah lama tak update blog. Lately rasa mls plak nak menaip bebanyak. Walaupun byk bende nak cerita. Owh, dan last week boleh tahan byk keje. Aku bukak blog ni hari2, end up nyer aku tutp balik jek. Malas.

Harini aku sakit. Dah lama gile tak rasa sakit macam ni. Badan lemah jek. Kepala berat. Malam td aku telan ubat selsema, khayal jek. Tapi kepala tetap sakit. Sudahnye aku bgn n telan panadol lg. Then baru je aku nak tido lagi hidung plak pedih. Aduss. Macam mana. Badan rasa di awangan ni. Sudahnye aku paksakan jugak diri. Tido pun. Sampai kul 730 td.

So. Last week. Jumaat, handphone aku hilang. Weird jugak. Sbb bukan aku pg mana mana. Mula- mula aku rasa maybe aku tercicir. Tapi lepas beberapa hari, aku teringat beberapa perkara. And masa tu baru la terpk macam2. Maka, aku tak tuduh sesapa tapi aku yakin ia telah diambil orang dr ofis, dan bukannye tercicir seperti yang di anggap. Takpe la kan. Nak buat macam mana.

Sabtu aku g wedding one of my classmate. Dah kawen dah dia. Masa tu aku jumpa la balik kwn2 skola. Especially the melewarianz la. Klakar pun ader. Sume org tak gagal menaikkan badan yer. Ahahah. So takla aku terasa sgt badan aku makin mengembang. Aku jumpa icha, shahir, epul(aku dtg dgn dia), rizal(dtg jugak slps aku n epul paksa), hafiz, abby, alan n manje..N ramai lagi lah. Shira je makin kurus, bila di tanya, kenapa? Putus cinta jawapan nye. Terkedu aku. Aku pun putus cinta tapi makin kembang jek. Agegege.

So, selepas wedding tu mesti la ader sesi bergosip. Ha kan dah terlepas al kisah si pengantin. Rupa-rupanya, hati tak sepenuhnye kat si suami. Separuh masih lagi kat kekasih lama. Ayohh. Macam ni pun boleh. Yang ceritakan ni plak si manje.

Pelik aku. Bukan mamat tu dulu skandal manje ke. Seb bek aku tak terlepas cakap masa tu. Kalau tak, konfirm perang aku dgn manje. Dahla minah tu dari dulu envy dgn aku. Apa yang di envykan pun aku tak tau. Dari skola lagi. Masa skola, dia cakap jgn tak sedar diri nak usha Amat (ex bf pertama dr golongan pemain bola), pastu bila dah besar ni plak dia kuarkan statement, "Epul tak suke perempuan macam kau." Tezz. Ader ke aku cakap nak kat Epul tuh? Gile. Aku tak tau nak berbual ape pun dgn epul tuh.

Tapi aku dengan minah ni cam ader chemistry.Mana mamat yang usha aku tapi aku tak layan masa sekolah sume mesti pg kat dia. Ahahaha. Masa skola aku kekwat. Geng dengan orang2 luar jek. Sorg je yang lekat kat aku. Si Amat tu lah. Itu pun asalnye kwn2 aku cabar usha dia sbb dia ni kunun2 nye mamat plg ssh nak melekat dgn pompuan. Mana tau perangai tak malu aku tu dah memikat hati dia. Rupanya dia suke pompuan yang over confident n outgoing cam aku. Yang aku plak, dgr dia baca Quran kat surau skola terus jatuh cinta. Tapi tak lama, habis skola terus lost contact. Dengar cite dia keje dgn polis dkt JB skrg. Kalau aku still dgn dia, mesti aku tak sosial cam skrg. Wahaha.

Then malamnye aku kuar lepak dgn shahir and icha. Ini adalah penglepakan pertama since peperangan kepercayaan last year. Dorg ni dulu kwn baik aku, skrg ni tak rapat sgt sejak aku tau dedua mulut cam haram. Apa lg, kalau da 3 org ni di satukan. Bergosip la. Shahir plg byk gosip la. Mak nyah la katakan. Aku banyak dengar ke. Kang salah citer payah gak.

Ahad plak. Pg aku g pasar dengan mak, pastu teman fazrozen beli housing mak dia, and then g kenduri apak. Nikah jugak dorg akhirnya. Alhamdulillah. Fazrozen jadi pengapit. Aku plak, walaupun tak jadi pengapit, tapi tak gagal untuk menarik perhatian and buat mak Fazrozen hangen dgn aku. Gile, dia boleh buat tak nampak je aku. Cess. Tak paham aku, orang da hormat dia,dia plak yang lain macam. Lantak la, bukan aku heran sgt pun. Aku kan super ignorance.

Macam biasalah, soalan cepumas takkan termiss bila org nampak kami berdua. "Korang bile lagi?" And respon kami pun cliche, senyum dan diam aje. Dah tak leh nak marah sebab kitorg dah lama kwn, dah tu macam2 jd, psg surut sume org tau. Umur pun meningkat. Kalau la dorg tau apa yg sdg berlaku antara kami. Ramai yang tak tau perpisahan kami. Maklumla kami masih banyak habiskan masa bersama. Yang tau pun diam kan ajek.

Yang aku panas, bila mak dia plak tolong jwbkan. "Lambat lagi, tunggu setel umah ..bla bla bla"..yew..mcm la aku nak sgt kawen anak kau. Ingat anak kau baik sgt, bagus sgt? iee..geramm.. Aku buat bodo je. Tapi kalau dah jodoh aku tak leh buat ape la kan. Last resort. Aku menyuarakan ke tak puasan hati aku kat Fazrozen malam tu. And aku rasa dia agak cuak sbb dia tak nak tambahkan lagi sebab kenapa aku tak boleh bersama dengan dia. Hmm. Sorryla..mak u kan suke perempuan yang sopan santun dan bertutup litup. Dapat yg hati busuk baru tau. Sekarang pakai tudung ke tak pakai ke sama je kak long oi!

Lepas dinner dengan Fazrozen aku terus gerak balik KL. Dia dah makin senang utk di uruskan skrg. Haritu aku dgr cite dia kuar dgn minah yg ala ala hot kat Jusco. Aku cakap kat dia kalau ader, ader. Aku tak kisah. Zaman-zaman skrg kalau dia tipu aku pun aku tak rasa ape dah. Siap cakap yang kita dah tak de pape so tak salah kalau dia nak kuar dengan orang lain.
Ha, sentapp! Pastu aku turut persoalkan tentang aku bukan pilihan dia tapi kenapa dia pilih aku. Brubah gak muka dia. Skrg dia agak berhati2 sbb tak nak menambahkan sbb2 aku takkan berfikir ttg menyelamatkan kami. Hmm. No komen about this. Pintu ini sudah tertutup. Chewah!

Semlm, smpai opis terus sakit. Aku g klinik, dia cas RM58!!hampeh nyer doc. Tapi ubat dier leh tahan. Sampai skrg badan aku rasa mamai lagi. Harini amik half day. Tak larat dah. Rasa nak pengsan. Mata pun panas.

Penat mengumpat. Mehla aku g berehat dan menghapuskan dosa2 kecil dgn sakit aku ni. Insyaallah.

Tuesday, June 23, 2009

Dengar bila rafi cakap.

teznznzlzlzlllzllz!!! Rasa nak mencarut.

Rafi pernah bagitau aku, lelaki sangat pandai menyimpan rahsia. Jadi hati2. Aku ni senang betul kena tipu lah.

Ini satu kemarahan yang aku dapat. Aku ader seorang kawan, yang menyakitkan hati, dia berjaya buat aku rasa selesa bila berkawan dengan dia. Ah bencinye. Dia berjaya buat aku rasa aku boleh cari dia kalau aku need sumone to talk to!! And try buat aku suke kat dia pun ye kot. Ikutkan, memang aku tak pernah memikirkan apa apa future dengan dia. Dan aku rasa dia macam tu jugak.

Tapi kenapa la dia nak kene beriye iye bgtau aku yang dia takde girlfren. Cuba tak payah jek..at least kalau aku dpt tau this morning..mesti aku tak marah sbb aku rasa di betray.. Siot lah. Ape slhnye kalau kau berkwn aku dgn niat yg ikhlas. I mean like..i dont give a fucking care if kau ade gf.. Kau kawan aku kan..kawan je la....ayohh!!!

Kenapa masih ramai yang tak dapat tangkap perangai aku yang super ignorance nih. Unless i'm in love with you..then i will act like sumone who love you lah!! Tolong la be honest in friendship. Dah dua kali aku dapat kawan macam ni. Cerita benda2 yang sedih je pasal diri sendiri. Jap g sebenarnya, semuanya penipuan belaka. pastu kantoi plak tu!!!!

Grrrrr!!!

Ok ok. Pengalaman yang baru aku dapat hari ni. Lepas ni sila hati2. Jangan senang-senang nak berkawan dengan orang. Huh. Ader harapan la aku kekal kan bilangan kawan yang ader sekarang. Sakit nyer hati..aku pantang betol ditipu kawan2!!especially yang selalu buat aku rasa kesian kat dia. Sentol ah.

Seb bek nak g tengok transformers arini dengan all the legends...Budak2 legends ni tak penah gagal nak distract aku dr masalah hidup. Sabar wani.

wuuusaa.wuusaaa....wuuuu...watchaa!!!

Wednesday, June 17, 2009

Durian oh durian.

Da lama aku nak makan durian. Nak beli sendiri memang tak la kan. Mana aku reti nak pilih. Makan aku tau la. I mean bile da makan aku tau la sedap ke tak. Nak tgk dr luar tu tak reti la aku. So aku kena la bawak seseorang yang pakar. Siapa lagi kalau bukan Fazrozen. ahaha. Dia kan orang kampung. Lalala.

Sebelum ni..dia refuse nak belikan aku durian sbb dia tak nak bawak naik kete, n then bau dia lekat dlm kete tu. The last time, dia dah lupakan aku dengan durian tu n gantikan dgn mango special kat murni tuh. Pehh.. Itu sedap jugak tu. Nyum nyum.

So semlm and sehari sebelum tu, aku cam asik cakap je..so dia pun cari la. Klakar jugak bila nengok dia ngikut je aku cari. Percubaan hari pertama menemui jalan buntu. Habis satu damansara aku pusing tak jugak jumpa. Give up, aku pegi minum nescafe tarik sambil tengok bola.

Hari kedua plak pun sama. Tak jumpa jugak. Sudahnye aku pegi tesco beli yang peket tu jek. Terpaksa la. Yang tu layan jugak. Mahal kay!! Satu peket tu je dah Rm15. Padahal bape ulas JEK!

Yang jadi kegeraman aku ni.. On the way balik tu, boleh plak aku jumpa dua kedai durian kat bawah umah aku tu jek!! Hampess tol.. Nak sedapkan hati, aku cakapla tu durian kampung so tak feel sangat ah. Memang betol pun.

Balik je umah..ape lagi..sebat la... Gemok2 isi dia. Rasa dia..pehh.. Memang aku puas hati. Takla rasa rugi bayar rm15 tu. Makan sampai aku kenyang gile. Padahal tak banyak pun. Tapi sebab gmuk nye tu...fuhh ..sedap sedap!

Ha kesudahan nye..pagi ni aku sakit perut gila babas smpai 4 kali aku masuk toilet. Wahahaha.. Layannnnn!!!!!

Tuesday, June 16, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak.



Semalam aku dengan Fazrozen pegi tengok wayang. Suka aku menghabiskan duit dia kat tempat tak berfaedah ni. So aku pilih citer Jangan Pandang Belakang Congkak. Ha dia pun mmg nak tengok citer ni kan. So ok la..takla membazir sgt. Haritu asik membebel jek aku dok g tgk wayang dengan kengkawan aku tak ajak dia. Tezz..da ko kat somban macam mano plak gayo eh.

Ok ok!! So kesimpulan nye..citer tu klako gile kay!!! Aku kan susah nak tengok citer melayu. Lepas bohsia n cinta n sepi..ni la movie keempat yang aku nak tgk. And nasib baik, tak merugikan. Jalan cerita dia mmg cam bengong sikit la.. Tapi pelakon dia ok and then..lawak dia tak bodoh. Pelakon2 nya ialah (utama jek) Cat farish, Lan pet pet, dgn shahiezy sam. Emm aku suka la shahiziey tu. Berlakon sempoi jek. Tapi jadik.

Aku rasa tak penah aku tengok wayang and aku gelak gile tak hengat punyer. Kelakar nak mampos dol. Ada satu part tu aku mmg terbangun and mata aku berair sbb gelak kuat sangat. Aku rasa aku yg gelak paling kuat kot..Ahahaha. Lawak dia memang jadi. Especially si cat dgn Shahizie tu lah.

So apa kata korg g try tgk plak. Tapi ingat, walaupun dia kelakar, hantu dia tetap real kay. Tetap menakutkan. Memang wa salute la Ahmad Idham n David Teo tu. Filem dorg selalunye tak karut sangat. Yang aku tengok la. Yang aku tak tengok tak tau.

Apa lagi..pegila tengok!! Tak rugii.... Aku mmg tak kan la nak cerita pasal apa.

Monday, June 15, 2009

Alamak.

INTAN DAH ADER BOIPREN BARUUUUU!!!!! Waaaaa!!!!!!!!!!

Dia break selepas aku and now dia dah jumpa bf baru..

Aku?? Jangan kata boyfren..mamat pengfoyaan pun takde!! Uish... Macam mana? Sekarang pun dah ader orang cakap aku senang mesra dengan orang tapi nak keep kan kemesraan tu susah. Which i have to agree, yang aku mmg cepat boring dengan orang.

Aku rasa cam gelabah n jeles sikit tadi. And again orang cakap kalau aku dah asik dengan Fazrozen macam mana. Ha aku malas nak terangkan lagi kat orang. Again, aku je yang paham apakah konsep tindakan aku ini.

ok ok..lek lek kay... Sampai waktu mesti jumpa yang sesuai. Nomi kata "jangan tunggu, jangan cari. Nanti dia datang sendiri. Benda2 macam ni tak boleh dikejar.Bila kita kejar tak dapat."

Err..aku rasa tu la yang aku buat sekarang. Kannn???

Saturday, June 13, 2009

Hinsh hinsh.

Hmm. Hari ni sabtu. Aku datang opis..tak sangka sungguh. Dah lama gile tak datang keja pada hari sabtu. Aku tak berapa in the mood. Few friends spoiled it last night. Aku tak pat tdo dgn aman sbb perkhabaran yang member aku bagi tu. Apasal la.

Aku berbual dengan seorang kawan aku dari legenda. Soalan nye tetap sama, kenapa tak cari yang baru. Its not easy la gile. Aku date dgn sorg mamat sekali lepas tu aku tak nak jumpa dia lagi. Ader yang aku ala ala suke tapi belom apape dah tipu aku ttg apa apa or..dah vercerita pasal bende yang tak sepatut nya. Tezz!

Aku nak je cakap kat dia aku tak jumpa lelaki yang berkualiti. Macam mana? Tapi tak sampai hati. And aku rasa tak semua la mamat tak berkualiti. Ader je kawan2 lelaki aku yang baik as in baik gile and ok, tapi masalah nye adelah aku. Aku yang tak mau menerima mereka. Aku yang susah sangat nak lekatkan hati aku kat orang.

Tapi dorang akan ader satu persepsi.

Iaitu aku masih tak lepaskan Fazrozen. Hmm no fucking way. Aku da malas nak terangkan sbb aku rasa aku je faham apa yang aku sdg lakukan or apa yang aku rasakan. So fuck it la.

Lalala..apa nak buat harini..Jap g balik umah. Kemas. Tgk cd. Malam..hmmph..kay aku tak kira aku nak get wasted jugak dis weekend. Dut di dew di dew..Happy weekend!!

Friday, June 12, 2009

Her last day in Capital.

Emm..arini last day for zati. Dia akan meninggalkan kami semua untuk rumahtangganya..ahahaha...memula tu tak la rasa sangat. Tapi start pagi tadi je aku da slow da nak cakap dengan dia. Tapi buat macam biasa je la.

Yesterday we had some bachelorrete dan juga kira farewell celebration la. Kami g main boling, karaoke sambil makan. Well obviously aku dtg for makan jek. We had fun. They had fun. Asik tergelak je keje nyer.

And today, ader lagi celebration..yang last. Makan², potong cake. Pehh kelakar gile. Dah lama aku tak nangis for kawan yang nak tinggalkan kami. Rafi pun aku tak sedih sgt. Tapi tadi bila zati meleleh je air mata aku pun sama. Tak berhenti plak tu. Seb bek it lasts for 3 minutes jek. Nomi pun nangis nih. Tak tahannn...ahahahah..

Dah takde la geng aku nak gado pasal kuar gaji lepas ni. Takde lagi orang kita nak kenakan. Kurang lagi geng nak kenakan org. Takde lg orang yang aku nak bergossip dengan..huuu..
Tiada lagi yang ku harapkannnn... Tiada lagi yang ku bingitkannn.

Well, to Zati...Good luck in ur marriage. Semoga anda bahagia ke anak cucu. Percayalah kami semua pasti akan terkenangkan anda.

Love you.Mmmmuaahhh..

Wednesday, June 10, 2009

emm...errr..how?

hmm..kay kay..aku tak sedap hati gile harini. Memula aku kontrol je. Tapi sekarang aku da start susah nak bernafas.

Shit i dont like waiting. Terutama aku ader ego tak nak pegi tanya.

Jantung aku da start berdegup laju.

Monday, June 8, 2009

wokenon!!

iee baru je nak enjoy!! Awan oren datang plak!!

i'm smiling.

hehehe..a message make me smile today..owh i cant wait!!!
like! like! like!


Saturday, June 6, 2009

My own saturday.

I'm at Curve now. Alone. Waw. Its been a while since the last time i enjoying my time of being alone. Took my lunch at assam pedas (which cost me rm16 for the stupid nyonya curry laksa.even the chicken is not fresh), and then headed straight to Starbucks. I woke up this morning with feelings of wanted to be connected to the internet, so here i am surfing.

The real idea,(which i planned on Wednesday), is to kemas rumah, make it more tidy and presentable. Tapi, kesudahan nye, i lay bak on my sofa and watching cd. I wanted to watch Twilight(for the forth time), but my laptop cant read the cd so i decided to watch The Break Up. Wrong one. Luckily I'm not very gloomy today. I did cry, but not as worse as before. I slept for an hour before i got a call from someone who wanted to view one of my room. She already confirmed that she want the room. Thank God. I'm out of money. This pindah thingies made me pokai.

I met elle. Planning for something to do tonight. But we end up without having any decision. Plus, i am not in the mood to go anywhere. I'd rather stay at home. If there's any place that i want to go, it will be the club. But there's only two of us. So malas la. Maybe next week.

I'm staring blankly to the street. Hmm. Bosan jugak nih. Elle already went bak. I supposed to meet Badik but canceled. I still waiting for a friend to online.

I read a friend of mine blog's, I dont know who's the 'gal frens' that she dedicated the post to, but it did touched my heart. I havent talk to her for a quite long time now. Its not that i'm being sombong or something. It just that my gloomy mood made me choose to be in silent.

I dont know why i have to isolate my self from my friends.I dont even talk much to the sisterhoods nowadays. If its not Juju who called for my birthday lunch, i would just say no to it. But its Juju. I love Juju. I dont want to break her heart or make her pissed off.

I am still trying hard to figure out why all this happen. Why suddenly i have this kind of behavior, feelings and mood. I've been moving very slow. I am not as hyper as before. I used to laugh a lot, smile a lot and talking is my hobby. I knew PMS was part of it, but this is worse than pms.

I had the thought that this is happen because i feel bad for cursing an old friend who tried to be nice. He just need someone to talk to, and me, felt that he's very annoying. And now i missed his annoying presence.

Hope its not permanent. I'm sure I'll be OK. I'll be your old venill and wani again. Give me some times enjoying my own definition of happiness.

Friday, June 5, 2009

Gloomy again.

Maka harini aku masih lagi dlm mood aku yang tak berapa nak best. Dahla pms lepas tu...emm...lamanyaaaa......

Aku da naik muak dok umah sensorang. Try to kemas more but..nahh..f*** it la..MALAS. Tapi bila orang ajak keluar aku malas jugak. Tak sampai hati tengok orang tu happy jap g aku senyap jek.

Tak suke la..otak aku ni tak berhenti berfikir. Sebab asik fikir ni la buat aku gloomy. I know its a gift from Allah (alhamdulillah) but sometimes it hurts.

Apahal ni?

I keep telling myself, "It supposed not to be this way. At least not this kind of way." **Mesti korg tak paham perasaan apa yg aku maksudkan,tp cam biasa,biar aku je yg paham.

Asal aku slow je nih. Ish. Dah kurang senyum, kurang ketawa..suara pun jarang keluar dari mulut aku. Why do i have this kind of behavior.

Pagi tadi aku terfikir lagi. Tak boleh la. Its a wrong choice and i dont want to repeat the same mistake again.

I'm very sure i've decided not to be listed as one of the bimbo wags. Not at their level at least. No way.

Tezz. I need some distractions.

**to all friends..i am so sorry for acting weird.sometimes i'm out of control.

Thursday, June 4, 2009

PMS oh PMS.

PMS..ape benda tuh?

Menurut wikipedia.. Pre menstrual syndrome (or also can be call pre menstrual tension) is a collection of physical, psychological, and emotional symptoms related to a womans menstrual cycle. Antara simptom-simptom utama nya ialah tension, mood swings, cepat letih, asik stress, asik nak makan benda2 yang jarang makan, dan mulalah pertumbuhan jerawat yang tak di jangka. It depends to individuality sebenarnya.

And itu la yang sdg aku hadapi sekarang. Aku tau benda2 tu sume akan berlaku setiap bulan and aku tau bila dia nak bermula, tapi tetap tak boleh nak kontrol. Tension tau tak!

Biasanya bila aku da start PMS ni, orang bole tau. Aku da start nak makan macam2, nak itu ini. Senang je la, aku ni happy go lucky tp time tu je, aku akan lebih mudah marah.

Tapi yang aku geram, orang yang tak paham. Kalau betol2 tak paham tu takpela. Ni orang yang paham tapi saje je buat2 tak paham. Ieee. Geramm! Dahla saja nak buat aku marah, pastu bila aku dah cool dia ungkit balik plak!! Ada plak tu, aku marah, tp aku diam je, jap g dia saje je nak bakar2 aku.. Aduhai. Bila aku mengamuk pandai plak nak mengata aku itu ini. Sabar je la.

Aku akan avoid jumpa orang masa PMS. And avoid having heavy conversation with anyone. Aku aderla manusia yang suka simpan semuanya, tp bila PMS, aku akan keluarkan dlm bentuk kemarahan. Sebab pms aku yang teruk ni, aku boleh tak nak kawan org, atau hilang kepercayaan kat orang, atau hilang perasaan terhadap orang, bukan secara sementara, tapi permanent.

Ntahla. Tak tau mcm mana nak handle. Kadang2 orang slh ckp pun aku sound direct je. Puas aku bersabar and beristighfar. And aku rasa sejak umur aku naik 24 ni, makin teruk. Ntahla. Nasib baik dia berlaku seminggu sebelum period jek. Kalau tak? Dengan keadaan orang sekeliling yang kadang2 menguji kesabaran ni, boleh mati depression aku.

Maafla ye kwn2. Da memang macam tu kan. Nak buat macam mana.

Tuesday, June 2, 2009

Sudah ku bilang jangan monyet jangan!!!

ingat tak cerita tu? Kelakar kan. Zaman dahulu kala macam citer tu bermoral habislah. Bile dah besar jadi bahan lawak je benda tuh.

Ok. Aku bukan nak cerita pasal kisah kancil tu. Nak cerita pasal benda ni yang berlaku dalam realiti kehidupan.

Alkisah..dulu masa aku tangkap Fazrozen ader skandal lain buat kali pertama sehinnga kali yg keberapa ntah, orang selalu nasihatkan aku, tak payah la..tinggalkan je. And bila aku cakap dekat diorang "dia kata dia nak berubah, n kelihatan dia seperti sedang berubah"...hmm..ramai yang akan bgtau aku orang macam ni takkan pernah berubah. Mula-mula aku buat dol jek. Aku rasa aku nampak perubahan tu. Jadi apa nak kisah. Tapi ternyata, kata kata orang lain lebih tepat. Sekejap je berubah. 3 bulan lepas tu jadi balik. And itu la masa nya aku buat keputusan untuk tinggalkan dia.

Dalam situasi ini, orang lain ader la sang kancil, dan aku la monyet tu.

Puas la semua orang bagi nasihat berbunyi cari je lain, tak payah tunggu dia, bla bla bla.. Tapi yang pasti mereka akan tetap cakap, "lelaki macam ni kalau da kaki perempuan, mmg takkan buang n takkan berubah."

And sememang nye ini adalah hakikat realiti. Kalau dia cakap nak berubah..konfirm sekejap je..sementara nak pujuk kita balik tu, bila kita da start in our comfort zone, mula lah dia. Tak kisah la kalau couple ke, tunang ke.

Ader yang da tunang lagi teruk, depan tunang.. Pehh!!baik nak mampos..blakang..TUHAN dan kawan kawan je tau. Yang kawan kawan pun senyap sbb nak kaver member. Ini baru tunang maybe nak kaver, ye la kang putus tunang la plak kan. Dah takde pompuan lain sanggup nak layan dia. Kalau dah kawen, ha terang terangan. Setakat kantoi apa ader hal, kalau time tunang pun kau tak nak lepas kan aku, apa lagi time kawen, takkan kau sanggup cerai berai. Kalau cerai pun, aper ada effect dekat lelaki. Pompuan yg jadi janda.

Aku selalu fikir benda-benda ni, mungkin bila tunang tu kita boleh kontrol dia gila babi, ikat dia, scan mana saje dia pg. Repot segala, tapi once you become his wife..no way girl..ko isteri, ko perlu dengar cakap aku. Sekarang mungkin dia ala ala berubah, tapi sbnrnye belakang kita..ya allah...Yang pelik tu, macam mana dia bole sempat menggatal kalau dia berkepit dengan tunang nye hampir 24jam sehari?? Siapa nak jawab soklan tuh??

Yang si tunang mesti la tak nampak perangai syaitan dia sebab da sentiasa dengan dia. Jadi fikir la ""oo, tunang aku da berubah". Tapi, hampir 24 jam, bukan 24jam, jadi masa selebihnyer itu la yang digunakan sebaiknye. Malah, sikapnye lebih beruk dari sebelum tunang. Sebab da kena sekat kan, jadi tamak la sikit. Dulu macam sesuka hati jek buat so tak la kelam kabut, ni da kena kontrol, nak sauk sume la. Biasa la manusia.

Jadi pendek cerita, lelaki seperti ini tak mungkin berubah atau susah nak berubah. Tak payah la anda nak percaya atau berbangga kerana anda telah melihat perubahan yang mungkin anda dan keluarga anda, rakan rakan anda, i mean pihak anda sahaja yang nampak. Tapi di sebelah pihak dia, mungkin kita akan dengar kata kata seperti "b***h dia berubah,takde maknanye..lagi teruk ader."

Berhati hatilah. Mungkin anda perlu luaskan pemandangan anda, panjang leher, kuatkan vol telinga untuk cerita2 ttg pasangan anda sendiri. Kurangkan ttg cerita orang lain. Jangan berlagak pandai tapi sebenarnye anda tak kemana mana pun. Buat apa bersuara lantang apabila teman anda sendiri sama seperti orang yang anda hina hinakan. Apakah fungsinye kelihatan bijak bila ramai yang tahu anda sedang diperbodohkan. Ingat dunia ni ada karma, harini anda mengata orang, esok kena batang hidung sendiri.
Allah Maha Kuasa, Allah Maha Adil.
Di situasi ini, aku adalah sang kancil yang sedang menasihati munyet.

Tuesday, May 26, 2009

Is that wat u called..??

Aku da tak paham da..mungkin sisterhoods tu sbnrnye ader 3 org je sekarang.

Monday, May 25, 2009

Jenis manusia di dunia. (Astaga)

Hmm. Mcm2 manusia yg aku jumpa dlm dunia ni. Ada yang perangai buruk, tp hati baik. Ader yang luaran nampak baik, tapi jap g hati busuk. Kadang aku tak paham macam mana.

Ader org bgtau aku, muke cantik tapi perangai buruk buat apa. Habis macam mana dengan orang yg muke buruk tapi perangai pun buruk skali? Orang akan cakap plak, da la muke tu huduh, buat la perangai baik sikit. Ha macam mana?

Pada aku, tak kisah la perangai kau mcm mana, as long hati kau tak la sebusuk mana and kau ader lagi adab2 yg normal. Ni kalau dressing (kunun2) style, pastu jap g perangai mcm pompuan kampung jalang(kalau pompuan kg yg innocent takpe), mulut mcm bontot ayam, hati busuk mcm telur pindang, parah gak doods. Sama je tahap kau dgn minah yang ala ala bohsia tu. Bohsia tu pun, kadang2 tau adab dia depan org ramai.

Ader jenis manusia, mmg kalau ikutkan, perangai dia mmg cam hantu. Mabuk sana, mabuk sini, tukar2 partner, tapi bila sampai kat perangai normal dia, hati dia tak busuk, dia jujur, dia tak mengata orang sana sini, kira dia mind own bisnes la. Tak mencarut sana sini. N bile berbual, ternyata banyak bende yg dia bole bualkan, bukan setakat bende2 yg nonsense jek, tp knowledgable gak. Maybe sbb dia bergaul dgn ramai org kot. Tapi orang2 mcm ni bahaya. Sbb bile dia kena usik, dia boleh maki satu dunia.

Ada plak, tak minum, tak merokok, tapi jap g..pehh....dia la chief segala setan. Mengata orang, bukan main lagi. Bahasa kat mulut tak pernah nye indah. Kalau berbual, carut saja. Takde yang elok. Sepanjang masa tak puas hati dgn orang. Kalau ader plan jahat, dia je yang laju. Tapi off course la, bile depan orang lain dia yang nampak baik, orang lain akan nampak jahat. Dia baik saja. Tapi dalam diam, dia adalah musuh dalam selimut. Dan sikit pun tak leh di percayai yer. Ini la orang2 mempunyai peratusan besar untuk muka nya di gahar dia jalan raya.

Satu jenis lagi ialah org2 yg trying hard to make ppl hates them. Apa la masalahnye kan. Asal boleh nak buat orang tak suka kat dia. Ader je benda yg tak kena dgn org lain. Ni satu family dgn org yg tak mau kalah, tak nak tgk org lebih la ni. Orang lain mesti ader kekurangan, tapi dia tak. Dia hidup complete. Orang macam ni kesian sbnrnye. Mula2 orang akan benci dia, tapi lama2 orang akan mule tertawakan dia sbb orang tau apa yang sdg berlaku belakang dia, apa kekurangan dia. Dalam dia rasa dia adelah yg terhebat n complete, dia tak perasan ader bende yg berlaku di luar pengetahuan dia. Sbb khayal sangat jaga kain orang, tak prasan kain sendri tersingkap. Yang kesian nye, orang pun tak nak bgtau kat dia sbb orang rasa mmg padan dengan muke dia. Aish.

And the last type, orang yang suka amik kesempatan kat atas orang lain. Kalau dia berkawan, mesti ader hidden agenda. Kalau orang tu tak nak ikut, itu takkan tergolong dalam circle of frens. Mesti dia akan benci orang tu. Mesti dia akan kutuk manusia tu, hanya sbb manusia tu tak nak dengar atau ikut arahan dia. Susahkan. Yang kesian nye manusia yang tak nak ikut tu la. Tak pasal-pasal je kana kutuk seumo hidup.

Macam macam kan. Hmm. Aku tak penah kisah perangai orang macam mana. Kalau orang tu dok kacau boyfren aku pun, mula2 je aku bengang. Sudahnye aku buat tak tau, sbb aku tau, apa yang jd ader hikmahnye. Kalau arini kau buat aku, esok kena kat kau balik.

Macam tu jugak bila berkaitan dengan kawan2 aku. Mungkin sume orang tak suke dgn salah satu kwn aku tu, tapi aku takkan kisah dengan dia atau orang lain, sbb pada aku, dah tu perangai dia macam tu, nak buat macam mana. Pada aku, as long kau tau hormat the frenship n know the limit, thats enuf. Tapi, kalau aku buat baik dengan kau, tapi kau cari pasal aku, that is not a good idea. Mungkin orang tengok aku selalu diam jek, tapi ramai orang tak tau apa dan bagaimana kalau aku tak puas hati dgn orang. Dalam diam tu, kalau tak huru hara hidup orang tu, jangan harap aku nak berenti.

Susah nak cakap sebenarnya. Perkataan baik tu da terlalu general zaman sekarang ni. Mungkin dia jahat part ni, tapi dia baik part lain. Kan. So, aku rasa. Baik kita tak payah begitu concern je about other ppl. Sbb kadang2 bile kita terlalu sebok cakap hal orang lain atau terlalu berkira tentang nilai2 murni orang lain, kita tak sedar kita terlalu banyak kekurangan dan kita pun bukan lah baik sangat pun. Dari heboh dok bgtau sume orang tentang keburukan insan lain, baik kita pikir apa orang cakap pasal diri kita sendiri. And jaga je hal2 hidup sendiri. Sebab Tuhan Maha Adil. And mmg dah tertulis, no body perfect in the world.
Jadi, beringat2 la sebelum orang datang ingatkan anda dengan parang atau kata kata kesat..