Aku dah lama berisu dengan kereta nih. Entah apasal..dari las year sampai sekarang, ader je masalah nyer bila aku nak kuar kereta nih. Dari penuh duit dalam bank, sampi dah tinggal ciput dah. Ader saje halangan dia. Mungkin belum rezeki kot.
Maka kali ini aku try lagi sekali. Aku harap ader la...before raya. Aku tau kerana masalah tertentu, bank selalu reject aku nyer application. Bila aku suarakan masalah tu, mesti ader orang yang marah dan membidas, tapi harap maklum, itu sememang nye masalah yer. Takkan orang bank tu saja saja nak tipu aku kan. Aku tak nak la cakap, nnt jadi hal pulak. And kali ni aku try jugak, walaupun aku cam da sedia maklum dengan beberapa masalah yang buat aku hangen.
Akibat masalah- masalah ni, aku dah mula fikir semula tentang masa depan aku. Macam mana ni.
Kereta asal yang aku nak ialah Myvi, mungkin sbb aku dah biasa. Tapi lepas lebih 8 kali aku g apply, tetap di reject dengan alasan yang sama. Sakit jiwa tak? Last nyer masa bulan 3 dulu lah. Ok saya give up. So kesudahan nye sekarang aku pilih kereta proton jek.
Mula- mula aku konsisten nak amik Saga. Tapi biasalah, aku da memang da takde hati kan dengan kereta tu. Aku nak amik sebab dia cheap and fuel consumption dia pun save gile. Monthly tak la tinggi sangat. Aku pun banyak tanggungan.
Tapi itu masa sebulan lepas la. Aku memang budget nak tunggu raya so that dapat promotion2 yg best. Seperti diskaun yang gila babas. Tapi nampak gayanye, bila da baca pasal diskaun2, aku terfikir pasal Persona plak.
Persona lebih besar, and lebih menarik minat aku la. Eventho i dont really like side mirror dia. Tapi aku fikir, kalau kena diskaun dia, budget monthly nyer ngam, apa salah nye kan. Itu kena tunggu 1 Ogos 2009.
Sekarang yang menjadi concern aku ialah, fuel consumption. Saga memang terang-terangan la saving gile. 1.3 kan. Tapi ader gak orang cakap persona ni pun save. Especially bila da ader IAMP tu. Dari yang aku baca dari internet, (dr forum yang pelbagai), Persona manual sangat save. Yang aku nak amik ni auto. Takde plak dia tulis pasal tu. Hmm.
Hmm...aku ada 4 hari utk memikirkan jawapan sebelum aku pegi jumpa salesman tu. Aku harap kali ni takde la masalah. Kalau ada masalah yang sama jugak, aku rasa, trpaksala aku improve kan resume aku, dan all out! Ooops.
So kawan kawan, apa kata korang tolong aku. Bagi suggestion yang bernas. Supaya kawan anda yang chumell ni tak silap buat keputusan. Aku cuma nak pilihan yang betul. Dah bosan dengar nasihat yang menyebut pasal nanti takde duit nak shopping, takde duit nak makan, takde duit nak berfofoya, fikir pasal keluarga, fikir panjang, insurans,road tax..and yang sewaktu dengan nye.
Pada aku itu semua aku yang kena usaha. Kalau nak tunggu semua benda tu complete, susah jugak. Rezeki boleh di cari. OK?? Kongsi pendapat anda. Thank you love.
No comments:
Post a Comment