Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya.

Wow....its raya radilll!!!

Pejam celik, dah sebulan dah kita berpuasa..dan hari ini..semua umat islam di seluruh dunia sedang merayakan kedatangan bulan Syawal yang penuh berkat ini.

Seperti biasa, raya umah aku simple. Rasa macam makin kitorg besar makin simple. Baju raya je masing2 tak simple.egege. Yang paling busy tentu la cik jenab. Tunggang terbalik dia masak kat dapur tu. Sambil mulut dia cot cet2. Kalau tak jumpa bahan..mula la dia baling barang2.

Tahun ni tak banyak yang aku boleh buat. Sbb balik pun dah last minit. Seb bek akak aku da kembali, jadi dia la banyak tolong mak aku.

Seperti biasa, aku dan adik ku, amil akan setelkan perkara pengemasan rumah. Bab masak ni aku akan tumbuk kacang jek. Sbb nyer, aku je yang expert tumbuk kacang tu mengikut selera ibu bapa aku. Mesin2 tak main, hilang rasa. Tapi almaklumlah kalau miss venil dah menumbuk, sambil ngadap internet...memang berjam jam lah kan.

Tahun ini lebih meriah, dengan kehadiran 2 ahli baru keluarga kami..Ammanina Zahra dan Nurul Qistina Jariah Salsabila.(yang tu sume org panggil dia Qis aku da tkr jd bella..twilight nyer psl). Rasa cam besar plak family aku. Masa last day puasa, kami semua berbuka ramai2. Pehh..dgn keriuhan anak buah aku yang berebut nak makan sama. Seronok nye.

Aku ada 4 org dah anak buah..Tica, Frina, Bella dan Nina. Kalau tahun lepas Tica dgn frina dpt 100 sorg..tahun ni dpt 10 hengget jek!!! Auntie wani da bankrupt!!! Tetiba..si Tica tu dtg bisik2 kat aku..

"Auntie tahun ni tica pose penuh!"
"Owh ok."
"Minggu depan bday tica"
"Errrrr..okayyyyyy....."
"Jangan lupe tau!"
"Tica nak hadiah apa?"
"Nak barbie doll!"
"Tica dah besar!Bende lain?"
"BAJU!"
"Kalau auntie belikan kamus bahasa inggeris ok tak?"
"Baik auntie tak payah tanya tadi.."

Gulp gulp...ha si tica ni mmg pandai menjawab. Aku ingat lagi kejadian bile aku marah dia sbb cakap bodoh..dengan selambernye dia jwb..."tica cakap kat lokman.Auntie lokman ke?"

Adoi!Padan muke aku kan. Sekarang ni Frina tu pun da nampak gaya2 pandai menjawab. Abg dan kakak ipar aku selalu salah kan aku sbb aku selalu loyar buruk depan budak2. Err..ye ke?

Hari raya tahun ni, mak aku happy. Sbb kakak aku dah berubah. Alhamdulillah. Akhirnya dia mau jugak turunkan ego dia da akui salah silap dia selama ni. Ha, da ader anak baru tau!Senang hati aku. And tahun ni kitorg semua walaupun msg2 sengkek..share2..tau2 ader 15 jnis kuih yg kitorg beli..ooppsss..tak sengaja..aku sempat beli baju utk mak aku, and kain utk ayah aku.

Aku lega tgk sume org rilek jek. First day raya bese le..kitorg dok umah je. 2nd baru balik kampung dan berjalan ke rumah sdare mara yg ader. Alhamdulillah.

Dan sempena hari raya ni, aku mintak maaf kalau ader tersalah cakap, terpukul, terhentuk, tertipu, tertuduh,termaki..harap di maafkan lah yer. Selamat begembira dengan baju baru..and utk yg kerja tu...nak buek macam mano..cari rozoki kannn..bersabar yo lah!!!


No comments: