Tuesday, June 30, 2009

Outdated.

Dah lama tak update blog. Lately rasa mls plak nak menaip bebanyak. Walaupun byk bende nak cerita. Owh, dan last week boleh tahan byk keje. Aku bukak blog ni hari2, end up nyer aku tutp balik jek. Malas.

Harini aku sakit. Dah lama gile tak rasa sakit macam ni. Badan lemah jek. Kepala berat. Malam td aku telan ubat selsema, khayal jek. Tapi kepala tetap sakit. Sudahnye aku bgn n telan panadol lg. Then baru je aku nak tido lagi hidung plak pedih. Aduss. Macam mana. Badan rasa di awangan ni. Sudahnye aku paksakan jugak diri. Tido pun. Sampai kul 730 td.

So. Last week. Jumaat, handphone aku hilang. Weird jugak. Sbb bukan aku pg mana mana. Mula- mula aku rasa maybe aku tercicir. Tapi lepas beberapa hari, aku teringat beberapa perkara. And masa tu baru la terpk macam2. Maka, aku tak tuduh sesapa tapi aku yakin ia telah diambil orang dr ofis, dan bukannye tercicir seperti yang di anggap. Takpe la kan. Nak buat macam mana.

Sabtu aku g wedding one of my classmate. Dah kawen dah dia. Masa tu aku jumpa la balik kwn2 skola. Especially the melewarianz la. Klakar pun ader. Sume org tak gagal menaikkan badan yer. Ahahah. So takla aku terasa sgt badan aku makin mengembang. Aku jumpa icha, shahir, epul(aku dtg dgn dia), rizal(dtg jugak slps aku n epul paksa), hafiz, abby, alan n manje..N ramai lagi lah. Shira je makin kurus, bila di tanya, kenapa? Putus cinta jawapan nye. Terkedu aku. Aku pun putus cinta tapi makin kembang jek. Agegege.

So, selepas wedding tu mesti la ader sesi bergosip. Ha kan dah terlepas al kisah si pengantin. Rupa-rupanya, hati tak sepenuhnye kat si suami. Separuh masih lagi kat kekasih lama. Ayohh. Macam ni pun boleh. Yang ceritakan ni plak si manje.

Pelik aku. Bukan mamat tu dulu skandal manje ke. Seb bek aku tak terlepas cakap masa tu. Kalau tak, konfirm perang aku dgn manje. Dahla minah tu dari dulu envy dgn aku. Apa yang di envykan pun aku tak tau. Dari skola lagi. Masa skola, dia cakap jgn tak sedar diri nak usha Amat (ex bf pertama dr golongan pemain bola), pastu bila dah besar ni plak dia kuarkan statement, "Epul tak suke perempuan macam kau." Tezz. Ader ke aku cakap nak kat Epul tuh? Gile. Aku tak tau nak berbual ape pun dgn epul tuh.

Tapi aku dengan minah ni cam ader chemistry.Mana mamat yang usha aku tapi aku tak layan masa sekolah sume mesti pg kat dia. Ahahaha. Masa skola aku kekwat. Geng dengan orang2 luar jek. Sorg je yang lekat kat aku. Si Amat tu lah. Itu pun asalnye kwn2 aku cabar usha dia sbb dia ni kunun2 nye mamat plg ssh nak melekat dgn pompuan. Mana tau perangai tak malu aku tu dah memikat hati dia. Rupanya dia suke pompuan yang over confident n outgoing cam aku. Yang aku plak, dgr dia baca Quran kat surau skola terus jatuh cinta. Tapi tak lama, habis skola terus lost contact. Dengar cite dia keje dgn polis dkt JB skrg. Kalau aku still dgn dia, mesti aku tak sosial cam skrg. Wahaha.

Then malamnye aku kuar lepak dgn shahir and icha. Ini adalah penglepakan pertama since peperangan kepercayaan last year. Dorg ni dulu kwn baik aku, skrg ni tak rapat sgt sejak aku tau dedua mulut cam haram. Apa lg, kalau da 3 org ni di satukan. Bergosip la. Shahir plg byk gosip la. Mak nyah la katakan. Aku banyak dengar ke. Kang salah citer payah gak.

Ahad plak. Pg aku g pasar dengan mak, pastu teman fazrozen beli housing mak dia, and then g kenduri apak. Nikah jugak dorg akhirnya. Alhamdulillah. Fazrozen jadi pengapit. Aku plak, walaupun tak jadi pengapit, tapi tak gagal untuk menarik perhatian and buat mak Fazrozen hangen dgn aku. Gile, dia boleh buat tak nampak je aku. Cess. Tak paham aku, orang da hormat dia,dia plak yang lain macam. Lantak la, bukan aku heran sgt pun. Aku kan super ignorance.

Macam biasalah, soalan cepumas takkan termiss bila org nampak kami berdua. "Korang bile lagi?" And respon kami pun cliche, senyum dan diam aje. Dah tak leh nak marah sebab kitorg dah lama kwn, dah tu macam2 jd, psg surut sume org tau. Umur pun meningkat. Kalau la dorg tau apa yg sdg berlaku antara kami. Ramai yang tak tau perpisahan kami. Maklumla kami masih banyak habiskan masa bersama. Yang tau pun diam kan ajek.

Yang aku panas, bila mak dia plak tolong jwbkan. "Lambat lagi, tunggu setel umah ..bla bla bla"..yew..mcm la aku nak sgt kawen anak kau. Ingat anak kau baik sgt, bagus sgt? iee..geramm.. Aku buat bodo je. Tapi kalau dah jodoh aku tak leh buat ape la kan. Last resort. Aku menyuarakan ke tak puasan hati aku kat Fazrozen malam tu. And aku rasa dia agak cuak sbb dia tak nak tambahkan lagi sebab kenapa aku tak boleh bersama dengan dia. Hmm. Sorryla..mak u kan suke perempuan yang sopan santun dan bertutup litup. Dapat yg hati busuk baru tau. Sekarang pakai tudung ke tak pakai ke sama je kak long oi!

Lepas dinner dengan Fazrozen aku terus gerak balik KL. Dia dah makin senang utk di uruskan skrg. Haritu aku dgr cite dia kuar dgn minah yg ala ala hot kat Jusco. Aku cakap kat dia kalau ader, ader. Aku tak kisah. Zaman-zaman skrg kalau dia tipu aku pun aku tak rasa ape dah. Siap cakap yang kita dah tak de pape so tak salah kalau dia nak kuar dengan orang lain.
Ha, sentapp! Pastu aku turut persoalkan tentang aku bukan pilihan dia tapi kenapa dia pilih aku. Brubah gak muka dia. Skrg dia agak berhati2 sbb tak nak menambahkan sbb2 aku takkan berfikir ttg menyelamatkan kami. Hmm. No komen about this. Pintu ini sudah tertutup. Chewah!

Semlm, smpai opis terus sakit. Aku g klinik, dia cas RM58!!hampeh nyer doc. Tapi ubat dier leh tahan. Sampai skrg badan aku rasa mamai lagi. Harini amik half day. Tak larat dah. Rasa nak pengsan. Mata pun panas.

Penat mengumpat. Mehla aku g berehat dan menghapuskan dosa2 kecil dgn sakit aku ni. Insyaallah.

No comments: