Tuesday, June 2, 2009

Sudah ku bilang jangan monyet jangan!!!

ingat tak cerita tu? Kelakar kan. Zaman dahulu kala macam citer tu bermoral habislah. Bile dah besar jadi bahan lawak je benda tuh.

Ok. Aku bukan nak cerita pasal kisah kancil tu. Nak cerita pasal benda ni yang berlaku dalam realiti kehidupan.

Alkisah..dulu masa aku tangkap Fazrozen ader skandal lain buat kali pertama sehinnga kali yg keberapa ntah, orang selalu nasihatkan aku, tak payah la..tinggalkan je. And bila aku cakap dekat diorang "dia kata dia nak berubah, n kelihatan dia seperti sedang berubah"...hmm..ramai yang akan bgtau aku orang macam ni takkan pernah berubah. Mula-mula aku buat dol jek. Aku rasa aku nampak perubahan tu. Jadi apa nak kisah. Tapi ternyata, kata kata orang lain lebih tepat. Sekejap je berubah. 3 bulan lepas tu jadi balik. And itu la masa nya aku buat keputusan untuk tinggalkan dia.

Dalam situasi ini, orang lain ader la sang kancil, dan aku la monyet tu.

Puas la semua orang bagi nasihat berbunyi cari je lain, tak payah tunggu dia, bla bla bla.. Tapi yang pasti mereka akan tetap cakap, "lelaki macam ni kalau da kaki perempuan, mmg takkan buang n takkan berubah."

And sememang nye ini adalah hakikat realiti. Kalau dia cakap nak berubah..konfirm sekejap je..sementara nak pujuk kita balik tu, bila kita da start in our comfort zone, mula lah dia. Tak kisah la kalau couple ke, tunang ke.

Ader yang da tunang lagi teruk, depan tunang.. Pehh!!baik nak mampos..blakang..TUHAN dan kawan kawan je tau. Yang kawan kawan pun senyap sbb nak kaver member. Ini baru tunang maybe nak kaver, ye la kang putus tunang la plak kan. Dah takde pompuan lain sanggup nak layan dia. Kalau dah kawen, ha terang terangan. Setakat kantoi apa ader hal, kalau time tunang pun kau tak nak lepas kan aku, apa lagi time kawen, takkan kau sanggup cerai berai. Kalau cerai pun, aper ada effect dekat lelaki. Pompuan yg jadi janda.

Aku selalu fikir benda-benda ni, mungkin bila tunang tu kita boleh kontrol dia gila babi, ikat dia, scan mana saje dia pg. Repot segala, tapi once you become his wife..no way girl..ko isteri, ko perlu dengar cakap aku. Sekarang mungkin dia ala ala berubah, tapi sbnrnye belakang kita..ya allah...Yang pelik tu, macam mana dia bole sempat menggatal kalau dia berkepit dengan tunang nye hampir 24jam sehari?? Siapa nak jawab soklan tuh??

Yang si tunang mesti la tak nampak perangai syaitan dia sebab da sentiasa dengan dia. Jadi fikir la ""oo, tunang aku da berubah". Tapi, hampir 24 jam, bukan 24jam, jadi masa selebihnyer itu la yang digunakan sebaiknye. Malah, sikapnye lebih beruk dari sebelum tunang. Sebab da kena sekat kan, jadi tamak la sikit. Dulu macam sesuka hati jek buat so tak la kelam kabut, ni da kena kontrol, nak sauk sume la. Biasa la manusia.

Jadi pendek cerita, lelaki seperti ini tak mungkin berubah atau susah nak berubah. Tak payah la anda nak percaya atau berbangga kerana anda telah melihat perubahan yang mungkin anda dan keluarga anda, rakan rakan anda, i mean pihak anda sahaja yang nampak. Tapi di sebelah pihak dia, mungkin kita akan dengar kata kata seperti "b***h dia berubah,takde maknanye..lagi teruk ader."

Berhati hatilah. Mungkin anda perlu luaskan pemandangan anda, panjang leher, kuatkan vol telinga untuk cerita2 ttg pasangan anda sendiri. Kurangkan ttg cerita orang lain. Jangan berlagak pandai tapi sebenarnye anda tak kemana mana pun. Buat apa bersuara lantang apabila teman anda sendiri sama seperti orang yang anda hina hinakan. Apakah fungsinye kelihatan bijak bila ramai yang tahu anda sedang diperbodohkan. Ingat dunia ni ada karma, harini anda mengata orang, esok kena batang hidung sendiri.
Allah Maha Kuasa, Allah Maha Adil.
Di situasi ini, aku adalah sang kancil yang sedang menasihati munyet.

4 comments:

Anonymous said...

APE RSENYE BLE DPT LELAKI JENIS CAMTU??!!RSE CAM SMUE LAKI SME JE...X KRE OWG TU CAMNE PUN..KEKADANG YG GUY YG 'LOSER' TU LG TRUK BLE BPRANGAI LAGAK CAM BAGUSKAN...ADE TU KEKADANG DIE NK KTE YG BRUBAH..TP DIEORG BLE MINTA BRUBAH SEINCI PUN XNK BGANJAK..TU R LELAKI EGO MELANGIT NK MAMPOS..

venillia said...

Apa rasanya?? Teruk. Terutama bila anda dah bazirkan 4 years dgn dia. Bila dah putus ni la susah. Sbb kita dah terlalu fobia sampai tahap kita tak sanggup mulakan hubungan yang baru. Susah kan? Dan kita semakin takut dengan lelaki. Kelebihan nya, kita jadi konfiden dan yakin tanpa lelaki dalam hidup kita. Di samping menambahkan lagi perasaan nak menyakitkan hati lelaki.

Anonymous said...

CITE U NI CAM NK NASIHATKAN KAT SOMEBODY YG BKENAAN JE..BTUL X?

venillia said...

basically..its general..to all the girls out there.