Tuesday, June 30, 2009

Outdated.

Dah lama tak update blog. Lately rasa mls plak nak menaip bebanyak. Walaupun byk bende nak cerita. Owh, dan last week boleh tahan byk keje. Aku bukak blog ni hari2, end up nyer aku tutp balik jek. Malas.

Harini aku sakit. Dah lama gile tak rasa sakit macam ni. Badan lemah jek. Kepala berat. Malam td aku telan ubat selsema, khayal jek. Tapi kepala tetap sakit. Sudahnye aku bgn n telan panadol lg. Then baru je aku nak tido lagi hidung plak pedih. Aduss. Macam mana. Badan rasa di awangan ni. Sudahnye aku paksakan jugak diri. Tido pun. Sampai kul 730 td.

So. Last week. Jumaat, handphone aku hilang. Weird jugak. Sbb bukan aku pg mana mana. Mula- mula aku rasa maybe aku tercicir. Tapi lepas beberapa hari, aku teringat beberapa perkara. And masa tu baru la terpk macam2. Maka, aku tak tuduh sesapa tapi aku yakin ia telah diambil orang dr ofis, dan bukannye tercicir seperti yang di anggap. Takpe la kan. Nak buat macam mana.

Sabtu aku g wedding one of my classmate. Dah kawen dah dia. Masa tu aku jumpa la balik kwn2 skola. Especially the melewarianz la. Klakar pun ader. Sume org tak gagal menaikkan badan yer. Ahahah. So takla aku terasa sgt badan aku makin mengembang. Aku jumpa icha, shahir, epul(aku dtg dgn dia), rizal(dtg jugak slps aku n epul paksa), hafiz, abby, alan n manje..N ramai lagi lah. Shira je makin kurus, bila di tanya, kenapa? Putus cinta jawapan nye. Terkedu aku. Aku pun putus cinta tapi makin kembang jek. Agegege.

So, selepas wedding tu mesti la ader sesi bergosip. Ha kan dah terlepas al kisah si pengantin. Rupa-rupanya, hati tak sepenuhnye kat si suami. Separuh masih lagi kat kekasih lama. Ayohh. Macam ni pun boleh. Yang ceritakan ni plak si manje.

Pelik aku. Bukan mamat tu dulu skandal manje ke. Seb bek aku tak terlepas cakap masa tu. Kalau tak, konfirm perang aku dgn manje. Dahla minah tu dari dulu envy dgn aku. Apa yang di envykan pun aku tak tau. Dari skola lagi. Masa skola, dia cakap jgn tak sedar diri nak usha Amat (ex bf pertama dr golongan pemain bola), pastu bila dah besar ni plak dia kuarkan statement, "Epul tak suke perempuan macam kau." Tezz. Ader ke aku cakap nak kat Epul tuh? Gile. Aku tak tau nak berbual ape pun dgn epul tuh.

Tapi aku dengan minah ni cam ader chemistry.Mana mamat yang usha aku tapi aku tak layan masa sekolah sume mesti pg kat dia. Ahahaha. Masa skola aku kekwat. Geng dengan orang2 luar jek. Sorg je yang lekat kat aku. Si Amat tu lah. Itu pun asalnye kwn2 aku cabar usha dia sbb dia ni kunun2 nye mamat plg ssh nak melekat dgn pompuan. Mana tau perangai tak malu aku tu dah memikat hati dia. Rupanya dia suke pompuan yang over confident n outgoing cam aku. Yang aku plak, dgr dia baca Quran kat surau skola terus jatuh cinta. Tapi tak lama, habis skola terus lost contact. Dengar cite dia keje dgn polis dkt JB skrg. Kalau aku still dgn dia, mesti aku tak sosial cam skrg. Wahaha.

Then malamnye aku kuar lepak dgn shahir and icha. Ini adalah penglepakan pertama since peperangan kepercayaan last year. Dorg ni dulu kwn baik aku, skrg ni tak rapat sgt sejak aku tau dedua mulut cam haram. Apa lg, kalau da 3 org ni di satukan. Bergosip la. Shahir plg byk gosip la. Mak nyah la katakan. Aku banyak dengar ke. Kang salah citer payah gak.

Ahad plak. Pg aku g pasar dengan mak, pastu teman fazrozen beli housing mak dia, and then g kenduri apak. Nikah jugak dorg akhirnya. Alhamdulillah. Fazrozen jadi pengapit. Aku plak, walaupun tak jadi pengapit, tapi tak gagal untuk menarik perhatian and buat mak Fazrozen hangen dgn aku. Gile, dia boleh buat tak nampak je aku. Cess. Tak paham aku, orang da hormat dia,dia plak yang lain macam. Lantak la, bukan aku heran sgt pun. Aku kan super ignorance.

Macam biasalah, soalan cepumas takkan termiss bila org nampak kami berdua. "Korang bile lagi?" And respon kami pun cliche, senyum dan diam aje. Dah tak leh nak marah sebab kitorg dah lama kwn, dah tu macam2 jd, psg surut sume org tau. Umur pun meningkat. Kalau la dorg tau apa yg sdg berlaku antara kami. Ramai yang tak tau perpisahan kami. Maklumla kami masih banyak habiskan masa bersama. Yang tau pun diam kan ajek.

Yang aku panas, bila mak dia plak tolong jwbkan. "Lambat lagi, tunggu setel umah ..bla bla bla"..yew..mcm la aku nak sgt kawen anak kau. Ingat anak kau baik sgt, bagus sgt? iee..geramm.. Aku buat bodo je. Tapi kalau dah jodoh aku tak leh buat ape la kan. Last resort. Aku menyuarakan ke tak puasan hati aku kat Fazrozen malam tu. And aku rasa dia agak cuak sbb dia tak nak tambahkan lagi sebab kenapa aku tak boleh bersama dengan dia. Hmm. Sorryla..mak u kan suke perempuan yang sopan santun dan bertutup litup. Dapat yg hati busuk baru tau. Sekarang pakai tudung ke tak pakai ke sama je kak long oi!

Lepas dinner dengan Fazrozen aku terus gerak balik KL. Dia dah makin senang utk di uruskan skrg. Haritu aku dgr cite dia kuar dgn minah yg ala ala hot kat Jusco. Aku cakap kat dia kalau ader, ader. Aku tak kisah. Zaman-zaman skrg kalau dia tipu aku pun aku tak rasa ape dah. Siap cakap yang kita dah tak de pape so tak salah kalau dia nak kuar dengan orang lain.
Ha, sentapp! Pastu aku turut persoalkan tentang aku bukan pilihan dia tapi kenapa dia pilih aku. Brubah gak muka dia. Skrg dia agak berhati2 sbb tak nak menambahkan sbb2 aku takkan berfikir ttg menyelamatkan kami. Hmm. No komen about this. Pintu ini sudah tertutup. Chewah!

Semlm, smpai opis terus sakit. Aku g klinik, dia cas RM58!!hampeh nyer doc. Tapi ubat dier leh tahan. Sampai skrg badan aku rasa mamai lagi. Harini amik half day. Tak larat dah. Rasa nak pengsan. Mata pun panas.

Penat mengumpat. Mehla aku g berehat dan menghapuskan dosa2 kecil dgn sakit aku ni. Insyaallah.

Tuesday, June 23, 2009

Dengar bila rafi cakap.

teznznzlzlzlllzllz!!! Rasa nak mencarut.

Rafi pernah bagitau aku, lelaki sangat pandai menyimpan rahsia. Jadi hati2. Aku ni senang betul kena tipu lah.

Ini satu kemarahan yang aku dapat. Aku ader seorang kawan, yang menyakitkan hati, dia berjaya buat aku rasa selesa bila berkawan dengan dia. Ah bencinye. Dia berjaya buat aku rasa aku boleh cari dia kalau aku need sumone to talk to!! And try buat aku suke kat dia pun ye kot. Ikutkan, memang aku tak pernah memikirkan apa apa future dengan dia. Dan aku rasa dia macam tu jugak.

Tapi kenapa la dia nak kene beriye iye bgtau aku yang dia takde girlfren. Cuba tak payah jek..at least kalau aku dpt tau this morning..mesti aku tak marah sbb aku rasa di betray.. Siot lah. Ape slhnye kalau kau berkwn aku dgn niat yg ikhlas. I mean like..i dont give a fucking care if kau ade gf.. Kau kawan aku kan..kawan je la....ayohh!!!

Kenapa masih ramai yang tak dapat tangkap perangai aku yang super ignorance nih. Unless i'm in love with you..then i will act like sumone who love you lah!! Tolong la be honest in friendship. Dah dua kali aku dapat kawan macam ni. Cerita benda2 yang sedih je pasal diri sendiri. Jap g sebenarnya, semuanya penipuan belaka. pastu kantoi plak tu!!!!

Grrrrr!!!

Ok ok. Pengalaman yang baru aku dapat hari ni. Lepas ni sila hati2. Jangan senang-senang nak berkawan dengan orang. Huh. Ader harapan la aku kekal kan bilangan kawan yang ader sekarang. Sakit nyer hati..aku pantang betol ditipu kawan2!!especially yang selalu buat aku rasa kesian kat dia. Sentol ah.

Seb bek nak g tengok transformers arini dengan all the legends...Budak2 legends ni tak penah gagal nak distract aku dr masalah hidup. Sabar wani.

wuuusaa.wuusaaa....wuuuu...watchaa!!!

Wednesday, June 17, 2009

Durian oh durian.

Da lama aku nak makan durian. Nak beli sendiri memang tak la kan. Mana aku reti nak pilih. Makan aku tau la. I mean bile da makan aku tau la sedap ke tak. Nak tgk dr luar tu tak reti la aku. So aku kena la bawak seseorang yang pakar. Siapa lagi kalau bukan Fazrozen. ahaha. Dia kan orang kampung. Lalala.

Sebelum ni..dia refuse nak belikan aku durian sbb dia tak nak bawak naik kete, n then bau dia lekat dlm kete tu. The last time, dia dah lupakan aku dengan durian tu n gantikan dgn mango special kat murni tuh. Pehh.. Itu sedap jugak tu. Nyum nyum.

So semlm and sehari sebelum tu, aku cam asik cakap je..so dia pun cari la. Klakar jugak bila nengok dia ngikut je aku cari. Percubaan hari pertama menemui jalan buntu. Habis satu damansara aku pusing tak jugak jumpa. Give up, aku pegi minum nescafe tarik sambil tengok bola.

Hari kedua plak pun sama. Tak jumpa jugak. Sudahnye aku pegi tesco beli yang peket tu jek. Terpaksa la. Yang tu layan jugak. Mahal kay!! Satu peket tu je dah Rm15. Padahal bape ulas JEK!

Yang jadi kegeraman aku ni.. On the way balik tu, boleh plak aku jumpa dua kedai durian kat bawah umah aku tu jek!! Hampess tol.. Nak sedapkan hati, aku cakapla tu durian kampung so tak feel sangat ah. Memang betol pun.

Balik je umah..ape lagi..sebat la... Gemok2 isi dia. Rasa dia..pehh.. Memang aku puas hati. Takla rasa rugi bayar rm15 tu. Makan sampai aku kenyang gile. Padahal tak banyak pun. Tapi sebab gmuk nye tu...fuhh ..sedap sedap!

Ha kesudahan nye..pagi ni aku sakit perut gila babas smpai 4 kali aku masuk toilet. Wahahaha.. Layannnnn!!!!!

Tuesday, June 16, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak.



Semalam aku dengan Fazrozen pegi tengok wayang. Suka aku menghabiskan duit dia kat tempat tak berfaedah ni. So aku pilih citer Jangan Pandang Belakang Congkak. Ha dia pun mmg nak tengok citer ni kan. So ok la..takla membazir sgt. Haritu asik membebel jek aku dok g tgk wayang dengan kengkawan aku tak ajak dia. Tezz..da ko kat somban macam mano plak gayo eh.

Ok ok!! So kesimpulan nye..citer tu klako gile kay!!! Aku kan susah nak tengok citer melayu. Lepas bohsia n cinta n sepi..ni la movie keempat yang aku nak tgk. And nasib baik, tak merugikan. Jalan cerita dia mmg cam bengong sikit la.. Tapi pelakon dia ok and then..lawak dia tak bodoh. Pelakon2 nya ialah (utama jek) Cat farish, Lan pet pet, dgn shahiezy sam. Emm aku suka la shahiziey tu. Berlakon sempoi jek. Tapi jadik.

Aku rasa tak penah aku tengok wayang and aku gelak gile tak hengat punyer. Kelakar nak mampos dol. Ada satu part tu aku mmg terbangun and mata aku berair sbb gelak kuat sangat. Aku rasa aku yg gelak paling kuat kot..Ahahaha. Lawak dia memang jadi. Especially si cat dgn Shahizie tu lah.

So apa kata korg g try tgk plak. Tapi ingat, walaupun dia kelakar, hantu dia tetap real kay. Tetap menakutkan. Memang wa salute la Ahmad Idham n David Teo tu. Filem dorg selalunye tak karut sangat. Yang aku tengok la. Yang aku tak tengok tak tau.

Apa lagi..pegila tengok!! Tak rugii.... Aku mmg tak kan la nak cerita pasal apa.

Monday, June 15, 2009

Alamak.

INTAN DAH ADER BOIPREN BARUUUUU!!!!! Waaaaa!!!!!!!!!!

Dia break selepas aku and now dia dah jumpa bf baru..

Aku?? Jangan kata boyfren..mamat pengfoyaan pun takde!! Uish... Macam mana? Sekarang pun dah ader orang cakap aku senang mesra dengan orang tapi nak keep kan kemesraan tu susah. Which i have to agree, yang aku mmg cepat boring dengan orang.

Aku rasa cam gelabah n jeles sikit tadi. And again orang cakap kalau aku dah asik dengan Fazrozen macam mana. Ha aku malas nak terangkan lagi kat orang. Again, aku je yang paham apakah konsep tindakan aku ini.

ok ok..lek lek kay... Sampai waktu mesti jumpa yang sesuai. Nomi kata "jangan tunggu, jangan cari. Nanti dia datang sendiri. Benda2 macam ni tak boleh dikejar.Bila kita kejar tak dapat."

Err..aku rasa tu la yang aku buat sekarang. Kannn???

Saturday, June 13, 2009

Hinsh hinsh.

Hmm. Hari ni sabtu. Aku datang opis..tak sangka sungguh. Dah lama gile tak datang keja pada hari sabtu. Aku tak berapa in the mood. Few friends spoiled it last night. Aku tak pat tdo dgn aman sbb perkhabaran yang member aku bagi tu. Apasal la.

Aku berbual dengan seorang kawan aku dari legenda. Soalan nye tetap sama, kenapa tak cari yang baru. Its not easy la gile. Aku date dgn sorg mamat sekali lepas tu aku tak nak jumpa dia lagi. Ader yang aku ala ala suke tapi belom apape dah tipu aku ttg apa apa or..dah vercerita pasal bende yang tak sepatut nya. Tezz!

Aku nak je cakap kat dia aku tak jumpa lelaki yang berkualiti. Macam mana? Tapi tak sampai hati. And aku rasa tak semua la mamat tak berkualiti. Ader je kawan2 lelaki aku yang baik as in baik gile and ok, tapi masalah nye adelah aku. Aku yang tak mau menerima mereka. Aku yang susah sangat nak lekatkan hati aku kat orang.

Tapi dorang akan ader satu persepsi.

Iaitu aku masih tak lepaskan Fazrozen. Hmm no fucking way. Aku da malas nak terangkan sbb aku rasa aku je faham apa yang aku sdg lakukan or apa yang aku rasakan. So fuck it la.

Lalala..apa nak buat harini..Jap g balik umah. Kemas. Tgk cd. Malam..hmmph..kay aku tak kira aku nak get wasted jugak dis weekend. Dut di dew di dew..Happy weekend!!

Friday, June 12, 2009

Her last day in Capital.

Emm..arini last day for zati. Dia akan meninggalkan kami semua untuk rumahtangganya..ahahaha...memula tu tak la rasa sangat. Tapi start pagi tadi je aku da slow da nak cakap dengan dia. Tapi buat macam biasa je la.

Yesterday we had some bachelorrete dan juga kira farewell celebration la. Kami g main boling, karaoke sambil makan. Well obviously aku dtg for makan jek. We had fun. They had fun. Asik tergelak je keje nyer.

And today, ader lagi celebration..yang last. Makan², potong cake. Pehh kelakar gile. Dah lama aku tak nangis for kawan yang nak tinggalkan kami. Rafi pun aku tak sedih sgt. Tapi tadi bila zati meleleh je air mata aku pun sama. Tak berhenti plak tu. Seb bek it lasts for 3 minutes jek. Nomi pun nangis nih. Tak tahannn...ahahahah..

Dah takde la geng aku nak gado pasal kuar gaji lepas ni. Takde lagi orang kita nak kenakan. Kurang lagi geng nak kenakan org. Takde lg orang yang aku nak bergossip dengan..huuu..
Tiada lagi yang ku harapkannnn... Tiada lagi yang ku bingitkannn.

Well, to Zati...Good luck in ur marriage. Semoga anda bahagia ke anak cucu. Percayalah kami semua pasti akan terkenangkan anda.

Love you.Mmmmuaahhh..

Wednesday, June 10, 2009

emm...errr..how?

hmm..kay kay..aku tak sedap hati gile harini. Memula aku kontrol je. Tapi sekarang aku da start susah nak bernafas.

Shit i dont like waiting. Terutama aku ader ego tak nak pegi tanya.

Jantung aku da start berdegup laju.

Monday, June 8, 2009

wokenon!!

iee baru je nak enjoy!! Awan oren datang plak!!

i'm smiling.

hehehe..a message make me smile today..owh i cant wait!!!
like! like! like!


Saturday, June 6, 2009

My own saturday.

I'm at Curve now. Alone. Waw. Its been a while since the last time i enjoying my time of being alone. Took my lunch at assam pedas (which cost me rm16 for the stupid nyonya curry laksa.even the chicken is not fresh), and then headed straight to Starbucks. I woke up this morning with feelings of wanted to be connected to the internet, so here i am surfing.

The real idea,(which i planned on Wednesday), is to kemas rumah, make it more tidy and presentable. Tapi, kesudahan nye, i lay bak on my sofa and watching cd. I wanted to watch Twilight(for the forth time), but my laptop cant read the cd so i decided to watch The Break Up. Wrong one. Luckily I'm not very gloomy today. I did cry, but not as worse as before. I slept for an hour before i got a call from someone who wanted to view one of my room. She already confirmed that she want the room. Thank God. I'm out of money. This pindah thingies made me pokai.

I met elle. Planning for something to do tonight. But we end up without having any decision. Plus, i am not in the mood to go anywhere. I'd rather stay at home. If there's any place that i want to go, it will be the club. But there's only two of us. So malas la. Maybe next week.

I'm staring blankly to the street. Hmm. Bosan jugak nih. Elle already went bak. I supposed to meet Badik but canceled. I still waiting for a friend to online.

I read a friend of mine blog's, I dont know who's the 'gal frens' that she dedicated the post to, but it did touched my heart. I havent talk to her for a quite long time now. Its not that i'm being sombong or something. It just that my gloomy mood made me choose to be in silent.

I dont know why i have to isolate my self from my friends.I dont even talk much to the sisterhoods nowadays. If its not Juju who called for my birthday lunch, i would just say no to it. But its Juju. I love Juju. I dont want to break her heart or make her pissed off.

I am still trying hard to figure out why all this happen. Why suddenly i have this kind of behavior, feelings and mood. I've been moving very slow. I am not as hyper as before. I used to laugh a lot, smile a lot and talking is my hobby. I knew PMS was part of it, but this is worse than pms.

I had the thought that this is happen because i feel bad for cursing an old friend who tried to be nice. He just need someone to talk to, and me, felt that he's very annoying. And now i missed his annoying presence.

Hope its not permanent. I'm sure I'll be OK. I'll be your old venill and wani again. Give me some times enjoying my own definition of happiness.

Friday, June 5, 2009

Gloomy again.

Maka harini aku masih lagi dlm mood aku yang tak berapa nak best. Dahla pms lepas tu...emm...lamanyaaaa......

Aku da naik muak dok umah sensorang. Try to kemas more but..nahh..f*** it la..MALAS. Tapi bila orang ajak keluar aku malas jugak. Tak sampai hati tengok orang tu happy jap g aku senyap jek.

Tak suke la..otak aku ni tak berhenti berfikir. Sebab asik fikir ni la buat aku gloomy. I know its a gift from Allah (alhamdulillah) but sometimes it hurts.

Apahal ni?

I keep telling myself, "It supposed not to be this way. At least not this kind of way." **Mesti korg tak paham perasaan apa yg aku maksudkan,tp cam biasa,biar aku je yg paham.

Asal aku slow je nih. Ish. Dah kurang senyum, kurang ketawa..suara pun jarang keluar dari mulut aku. Why do i have this kind of behavior.

Pagi tadi aku terfikir lagi. Tak boleh la. Its a wrong choice and i dont want to repeat the same mistake again.

I'm very sure i've decided not to be listed as one of the bimbo wags. Not at their level at least. No way.

Tezz. I need some distractions.

**to all friends..i am so sorry for acting weird.sometimes i'm out of control.

Thursday, June 4, 2009

PMS oh PMS.

PMS..ape benda tuh?

Menurut wikipedia.. Pre menstrual syndrome (or also can be call pre menstrual tension) is a collection of physical, psychological, and emotional symptoms related to a womans menstrual cycle. Antara simptom-simptom utama nya ialah tension, mood swings, cepat letih, asik stress, asik nak makan benda2 yang jarang makan, dan mulalah pertumbuhan jerawat yang tak di jangka. It depends to individuality sebenarnya.

And itu la yang sdg aku hadapi sekarang. Aku tau benda2 tu sume akan berlaku setiap bulan and aku tau bila dia nak bermula, tapi tetap tak boleh nak kontrol. Tension tau tak!

Biasanya bila aku da start PMS ni, orang bole tau. Aku da start nak makan macam2, nak itu ini. Senang je la, aku ni happy go lucky tp time tu je, aku akan lebih mudah marah.

Tapi yang aku geram, orang yang tak paham. Kalau betol2 tak paham tu takpela. Ni orang yang paham tapi saje je buat2 tak paham. Ieee. Geramm! Dahla saja nak buat aku marah, pastu bila aku dah cool dia ungkit balik plak!! Ada plak tu, aku marah, tp aku diam je, jap g dia saje je nak bakar2 aku.. Aduhai. Bila aku mengamuk pandai plak nak mengata aku itu ini. Sabar je la.

Aku akan avoid jumpa orang masa PMS. And avoid having heavy conversation with anyone. Aku aderla manusia yang suka simpan semuanya, tp bila PMS, aku akan keluarkan dlm bentuk kemarahan. Sebab pms aku yang teruk ni, aku boleh tak nak kawan org, atau hilang kepercayaan kat orang, atau hilang perasaan terhadap orang, bukan secara sementara, tapi permanent.

Ntahla. Tak tau mcm mana nak handle. Kadang2 orang slh ckp pun aku sound direct je. Puas aku bersabar and beristighfar. And aku rasa sejak umur aku naik 24 ni, makin teruk. Ntahla. Nasib baik dia berlaku seminggu sebelum period jek. Kalau tak? Dengan keadaan orang sekeliling yang kadang2 menguji kesabaran ni, boleh mati depression aku.

Maafla ye kwn2. Da memang macam tu kan. Nak buat macam mana.

Tuesday, June 2, 2009

Sudah ku bilang jangan monyet jangan!!!

ingat tak cerita tu? Kelakar kan. Zaman dahulu kala macam citer tu bermoral habislah. Bile dah besar jadi bahan lawak je benda tuh.

Ok. Aku bukan nak cerita pasal kisah kancil tu. Nak cerita pasal benda ni yang berlaku dalam realiti kehidupan.

Alkisah..dulu masa aku tangkap Fazrozen ader skandal lain buat kali pertama sehinnga kali yg keberapa ntah, orang selalu nasihatkan aku, tak payah la..tinggalkan je. And bila aku cakap dekat diorang "dia kata dia nak berubah, n kelihatan dia seperti sedang berubah"...hmm..ramai yang akan bgtau aku orang macam ni takkan pernah berubah. Mula-mula aku buat dol jek. Aku rasa aku nampak perubahan tu. Jadi apa nak kisah. Tapi ternyata, kata kata orang lain lebih tepat. Sekejap je berubah. 3 bulan lepas tu jadi balik. And itu la masa nya aku buat keputusan untuk tinggalkan dia.

Dalam situasi ini, orang lain ader la sang kancil, dan aku la monyet tu.

Puas la semua orang bagi nasihat berbunyi cari je lain, tak payah tunggu dia, bla bla bla.. Tapi yang pasti mereka akan tetap cakap, "lelaki macam ni kalau da kaki perempuan, mmg takkan buang n takkan berubah."

And sememang nye ini adalah hakikat realiti. Kalau dia cakap nak berubah..konfirm sekejap je..sementara nak pujuk kita balik tu, bila kita da start in our comfort zone, mula lah dia. Tak kisah la kalau couple ke, tunang ke.

Ader yang da tunang lagi teruk, depan tunang.. Pehh!!baik nak mampos..blakang..TUHAN dan kawan kawan je tau. Yang kawan kawan pun senyap sbb nak kaver member. Ini baru tunang maybe nak kaver, ye la kang putus tunang la plak kan. Dah takde pompuan lain sanggup nak layan dia. Kalau dah kawen, ha terang terangan. Setakat kantoi apa ader hal, kalau time tunang pun kau tak nak lepas kan aku, apa lagi time kawen, takkan kau sanggup cerai berai. Kalau cerai pun, aper ada effect dekat lelaki. Pompuan yg jadi janda.

Aku selalu fikir benda-benda ni, mungkin bila tunang tu kita boleh kontrol dia gila babi, ikat dia, scan mana saje dia pg. Repot segala, tapi once you become his wife..no way girl..ko isteri, ko perlu dengar cakap aku. Sekarang mungkin dia ala ala berubah, tapi sbnrnye belakang kita..ya allah...Yang pelik tu, macam mana dia bole sempat menggatal kalau dia berkepit dengan tunang nye hampir 24jam sehari?? Siapa nak jawab soklan tuh??

Yang si tunang mesti la tak nampak perangai syaitan dia sebab da sentiasa dengan dia. Jadi fikir la ""oo, tunang aku da berubah". Tapi, hampir 24 jam, bukan 24jam, jadi masa selebihnyer itu la yang digunakan sebaiknye. Malah, sikapnye lebih beruk dari sebelum tunang. Sebab da kena sekat kan, jadi tamak la sikit. Dulu macam sesuka hati jek buat so tak la kelam kabut, ni da kena kontrol, nak sauk sume la. Biasa la manusia.

Jadi pendek cerita, lelaki seperti ini tak mungkin berubah atau susah nak berubah. Tak payah la anda nak percaya atau berbangga kerana anda telah melihat perubahan yang mungkin anda dan keluarga anda, rakan rakan anda, i mean pihak anda sahaja yang nampak. Tapi di sebelah pihak dia, mungkin kita akan dengar kata kata seperti "b***h dia berubah,takde maknanye..lagi teruk ader."

Berhati hatilah. Mungkin anda perlu luaskan pemandangan anda, panjang leher, kuatkan vol telinga untuk cerita2 ttg pasangan anda sendiri. Kurangkan ttg cerita orang lain. Jangan berlagak pandai tapi sebenarnye anda tak kemana mana pun. Buat apa bersuara lantang apabila teman anda sendiri sama seperti orang yang anda hina hinakan. Apakah fungsinye kelihatan bijak bila ramai yang tahu anda sedang diperbodohkan. Ingat dunia ni ada karma, harini anda mengata orang, esok kena batang hidung sendiri.
Allah Maha Kuasa, Allah Maha Adil.
Di situasi ini, aku adalah sang kancil yang sedang menasihati munyet.