Tuesday, May 5, 2009

Rejuvenating yg tak bape nak rejuvenate.

Yay. Finally dapat tukar layout!! Suke suke. Dia cam full of kalerzz and love. Sangat ke-venill-an. Da lame sebenarnya nak tukar, baru ni jumpa yg betol2 cam i is like.

Ladidumdidum.

Seperti yang diketahui, aku baru je balik dr langkawi. Whew!! Giler penat seyh. Tapi fun lah. Just that kat sana asik hujan, so banyak plan terpaksa dikansel. Kitorang drive ke sana, gerak kul 1.30am, smpai kul 9pg. Lama kan. Macam nak tercabut pinggang. Tapi pemandangan yang indah telah melupakan semua itu. Ahahahah. Bukan selalu dapat tgk hijau jek dunia, 2tahun skali pun belom tentu. Itu smpai Kuala Perlis kul 9, sampai Pulau tu kul 3. Punye la ramai orang. Feri penuh saje.

Sesampai je sana. Macam biasa lah. Makan dulu. Pastu baru fikir jalan nak g hotel. Kitorang stay kat Langkawi Seaview.

The first night, kitorang pg Plaza Langkawi, sementara tunggu pakcik taxi. Ini satu pengalaman yang amat mendebarkan. Kitorg kenal pak cik taxi ni masa nak gerak dr jeti ke hotel. So mlm tu, sbb kitorg cam plan nak g club terus after dinner, so kitorg da siap2 la dgn our beach dress. Sekali, pakcik teksi ni jenis yang alim ulama tu, dia bukak la ceramah agama dalam teksi dia. Memula tu slow jek, tetibe dia kuatkan plak. Pehh. Segan masing2 nih. Terus sume diam. Ahahhaa. Dr Kuah sampai lah Cenang, macam topik agama yang di kupiskan. Senyap je kami2 kat blakang. Sambil memikirkan rasa bersalah. Damdimdum.

Sampai sana, kitorang dinner kat kedai yang kena order kat kaunter n then servis macam haram tapi makanan dia best. Ha macam mana? Plan nak lepak kat beach bar malam tu terpaksa di kanselkan sbb kami memikirkan macam mana nak balik. Jauh tu. So kitorg pun balik hotel.

The next day, kitorg teruskan perjalanan. Memandangkan cuaca tak bape nak indah, banyak plan terpaksa di kanselkan. Tak pat naik kete kabel..:((.. Tempat yang sempat kitorg singgah is Underwater World, Makam Mahsuri, Kilang Gamat, n Pekan Kuah. Tempat menghabiskan duit. Buta aku tgk coklat2 tu sume. Seb bek, kalau buta tgk bende yang tak berfaedah lagi parah kan.

N then kitorg g dinner seafood n balik hotel. Bersiap n kuar g Chime. Minum n chill. Ni lagi klakar, club ader live band main lagu Thailand tu aku ok lagi, tapi club ader DJ spin lagu zapin? Itu da lain mcm. Terbahak-bahak aku gelak. Memula aku layan je liveband n DJ dia, tapi lepas satu kejadian aku decide nak lepak luar n layan laut jek. Feel jugak tu. Ha masa tu la aku terdgr lagu zapin di putarkan kat dalam! Ahahahhaa! Macam harr.

Bangun pagi, kitorang pun siap nak balik KL. Dah beli tiket feri awal-awal pun terpaksa gak berebut and siap feri yg patut kitorang naik tu penuh, terpaksa tunggu 2nd feri. Gile ramai org. Time cuti kan.

Sampai je darat terus la perjalanan pulang. Hari isnin, sume dtg opis lambat. Intan tak keje. Ahahaha. Aku masih di tahap biasa. El masuk kul 3. Panjang aku tak tau.

Kesimpulan nyer, aku akan buat trip lagi satu, dengan lebih terancang. Wahh...konon nih. Ahhhahaha. Mudah mudahan. Sbb aku dgr cam best je g pulau dayang bunting, naik cable car,g beach bar, mandi laut. Tak puas hati plak aku. So, mehla pegi lagi sekali nanti2. Tak tahun ni tahun depan di musim yang kurang hujan.

No comments: