NNZ...lama gak tak tulis blog. Sejak habis citrawarna kan. Gile rasanye hidup kebelakangan ni. Jiwa yang kacau dan kesibukan yang mula menjadi beban. Sebenarnye harini pun aku sibuk, tapi aku tetap berkeras nak tulis blog. Sebabnye, segala perkara dah terbuku kat otak. Rasa nak pecah pun ader.
Nasib baik la ader kawan2 yang nak temankan aku di hari2 jiwa kacau. Aku dengan el da buat perkara gile banyak kali minggu ni.....AN AN AN.... Aku dan seseorang itu juga..itu lagi gile..ahaha.. Start dari 2 minggu lepas lagi aku da kerap jumpe el. Al-maklumla kami dua je yang single. Jadi balik2 dia je la. Juju pun ader gak join kitorang lepak g makan. Kelakar tol masa lepak kat Uptown, kunun2 masing2 takde duit, nak save. Sudahnye terjebak jugak makan cantonese smpai 10 hengget. Cekik darah! And aku takleh lupe masa aku kenakan el dengan menekan brek secara mengejut. Kan dah keluar bahasa alien dia. Ahahaha.. Sumpah aku slalu blur dgn bahasa alien korang tu!
Tapi hujung minggu yang baru lepas ni adelah yang paling best. 3 hari kitorang spend time together. Macam da lama gile since graduate yang kitorang habiskan masa more than 24 hrs. Macam2 aktiviti, n tau je la kalau aku da berkumpul dgn sisterhood ni. Dari 10, 2 jek perkara yang betol2 ikut fact. Yang lain, rekaan semata-mata. Kena plak el dgn juju ade bahasa alien diorang. Tapi bile el sensowang dia kurang sikitla, sbb dia tau aku yang bergelar manusia tak paham ape bahasa dia.
So, semuanye bermula pada hari Jumaat. Kami g bersosial. Dedua O.D. nnz! Malam tu best sampai kitorang da yakin nak buat roadtrip g Penang. Tunggu masa and geng yang sesuai. Keesokannye plak, dedua masuk opis. El kena keje kul 8 plak tu! Aku ok la ikut like heart mother father. Kul 11 pagi aku dpt mesej dari el yang menyatakan dia hangover. Ahahaha..padan..nak sgt kan! Actually aku pun sama. Gile moist pergerakan dan otak aku sabtu tuh. Layankan je la. Malam tu plak during earth hour, aku lepak kat The curve sensorang, ingatkan nak tunggu el, tetibe aimi kol aku yang dia nak lepak umah. So kami pun terus g umah n lepak berborak. Sampai kul 10 kitorg kua makan, balik umah tengok dvd, n then kua makan balik kul 4 pg. Gile seronok hidup. Njoy jek. Walaupun gaji aku tak kuar lagi. Kul 6 baru kitorg balik umah n tdo. Untuk pengetahuan korg, ini adalah first time aimi cam kua malam n tdo umah kwn. Ehehehe. Best2. Walaupun kitorg cuak mak dia akan cari aku dan el, tapi kitorg cam, lantak kan ah. Bak kata el..fuck it!
The next day, kul 12 baru kitorang kua umah. Pegi makan kat uptown di mana sekali lagi da terjebak makan kat kedai sushi yang mahal. Ari tu, kaki aku dengan el sakit gile, hasil "exercise tanpa henti" malam jumaat tu. Tapi kitorg cam kontrol je la kan. Hantar aimi balik shah alam, n then sambung melahu kat Curve. Asik tergelak je. Gelakkan diri sendiri, gelakkan orang. Habis sume bende nak jadi isu. Habis sume bende nak di komplen. Asal jumpa tangga konfim dedua gelak. Dalam sakit kaki tu, sampai kul 930 jugakla kitorang lepak. Gile aku rindu time time macam ni. Masa kat uitm je kitorg selalu buat perkara macam ni.
Lepas supper el, hantar aku balik. Da seronok sangat kan 3 hari ade geng, baru 10 minit dia bla aku da rasa boring dah. Mule la aku nak emosi. Hmm. Tah ape ape tah. Asik nak sedih sbb da putus dgn fazrozen tu. Padahal takde la teruk sgt pon. (Ayat sedapkan hati).
Apepun, i'm glad all the sisterhood are there. Walaupun kitorg lom dapat gather secara full, but we will. Next week. For bday el. Aku dgn el ade agenda tersendiri. Ehehe.. Tak sabar nye! Thanks dude!!
And ader sesuatu yang pelik berlaku kat diri aku..aku da mula terfikir kisah seseorang yang kacau aku sejak kat citrawarna. Yang pada asalnye menjegkelkan aku dan sekarang kejengkelan tu yang aku mule cari. Den den den. Ape yang sedang berlaku?? Kita tunggu. Mungkin aku bosan dan PMS dan cari orang supaya aku boleh maki. We kneverll knowrll...
No comments:
Post a Comment