Monday, August 31, 2009

Pagi yang gelap..

Akhirnya aku betul2 bersahur bersama family. Setelah melalui 2 minggu yang hanya di penuhi dengan kerja dan numbers. Pagi ni baru lah betul2 berperasaan bersahur dengan family aku.

Walaupun hanya aku dan mak dan abah je ada. Adik aku exam and the rest dgn family msg2 la kot. Baru rasa normal. No more mamak's food, sounds of car, or seeing rats running here and there at the stall, cuma bunyi kuali mak, suara abah and home dishes. Di susuli plak dengan bunyi2 sayup orang baca al-Quran dari surau.

Pehh rindunya suasana ni. Kt umah Kepong mimpila nak dengar org baca Quran.

Bestnyer kalau dapat buat hari2.

(lagi best sbb buka mata sume da ready, tak payah nak kena drive kuar or prepare sendri.)

Sunday, August 30, 2009

Abandoned.

First of all...Fea..crocs oren aku kat kau ke??

Then..aku tak tau asal insan-insan terpilih yang rapat dengan aku sekarang sume hilang. Rasa di abandoned plak. Aku boleh pikir (or paksa pikir) yang maybe mereka di ambang masalah, tapi aku macam susah terima. Tetibe hilang and tak menjawab segala sms or kalau jawab pun sepatah. Kalau marah or tak puas hati cakap lebih senang kan. And tak salah pun kalau korg hantar a sms cakap korg ader mslh.

Hmm.. Biarlah. As long as u guys are happy. Aku akan kekal begini..

Aku di gemparkan dengan panggilan dipenuhi tangisan oleh Afiq today. Selalu mcm tu, di kala aku sedang tertanya-tanya dimana insan2 terpilih menyepi tanpa berita, akan ader org dtg menagih simpati dan tempat mengadu kat aku.

But sorry kawan, zaman sekarang ni tido sangat penting. Kerja aku memerlukan fizikal dan mental yang sihat.

Masing2 dah besarkan. Tau mana baik mana buruk.

So... pandai pandaila..take care.

Auuuuuuuu.....


p/s: Venillia is now inging.."i'm leaving..on the jet plane...dont know when i'll be bak again.."

Friday, August 28, 2009

PTPTN Oh PTPTN!

Seperti biasa aku berbuka dengan Sham lagi.

Well mmg since puasa aku banyak habiskan masa dengan dia. Apo la nak jadikan, esok sah sah time raya aku ngadap dia. Siap kitorang da plan da apa nak buat on the first and second day of raya tahun ni. Walaupun aku da dekat dengan intan n sham, tp aku ssh sikit jumpa intan sbb dia selalu dgn BF dia. Maleh la aku nak join. Sham pun malas. Jadi aku berdua je la.

Aku kuar opis lambat, sbbnye aku tak nak tangguh keje and dtg opis balik lepas buka. Hasilnya, bila aku sampai umah sham untuk berbuka makanan da habis. So Sham dengan rasa bersalah pun bawak la aku kuar pegi makan kat mamak Ramania. Makcik tu punyer telur masak merah aku rasa aritu sedap, arini potong plak. Tak habis aku makan.

Sambil2 tu kitorang pun berborak. Dia tanya tentang progress loan kete aku tu. Dengan sedihnye aku bgtau yg EON nak amik dengan syarat ada gerento. So aku decide nak tarik je dulu. Aku manade orang yang boleh jadi gerento. Nasib aku la dapat dugaan seperti sekarang ni.

Pastu dia tanya asal, aku cerita kan je apa yang di sampaikan oleh salesman aku yang tak ble pakai. Bila tanya sume bole, time buat tak bole. Haram.

Tetiba...

"PTPTN KO DA BAYAR??"

Ooopss.... err last time aku bayar bulan 8..tahun lepas. Lalalala..

"Ada kena mengena eh?"
"HA LA!!"

Ternganga aku kejap. Pastu Sham bgtau aku yang PTPTN ni di masukkan ke C-CRIS(or sumthing like that), so kalau tak bayar consistently mmg akan jadi problem la. Aku anggukkan je. Time tu jugak Sham suh aku amik laptop and broadband aku n cek PTPTN.

Fuhhh.. "Notis guaman." Maknanya belum blacklist. Masih boleh ke oversea. Bila aku tengok baki aku ader 110 bulan lagi to go. Waw!!

Mati aku. Menyesal aku amik loan masa belajar. Dulu njoy2 dengan duit tu, ha sekarang hadap la bayar. Sham kata PTPTN mmg strict, tak macam perbadanan pinjaman yang lain. Pastu mula la kuar nasihat2 brother dia kat aku.Time ni jugak aku rasa kalau boleh nak kumpul semua barang yang aku beli masa dapat duit tu, jual balik.(siap ader keinginan nak jual transkrip).

Sham suggest aku amik volks wagon yang lama, beli cash pastu simpan duit maintenance monthly. Ada member dia nak tolak 4k jek. Gile. Kalau zaman UITM aku dulu, tak payah pikir aku mmg kuarkan la. Zaman sekarang tak payahla. Memangla sham kata boleh tolong maintainkan, tapi kalau mati kat Sentul, dia boleh datang tengokkan? Belum tentu.

Last nye dia cakap dia akan try tanya kawan dia apa yang boleh buat dengan kes aku ni. Kira mintak advice la. For the meanwhile, dia nasihatkan aku bayar aku nye PTPTN so that C-CRIS aku cantik balik. Shesh..tambah lagi satu bil hutang bulanan. Makin lama makin banyak pulak. Kena selalu buat OT la macam ni. Sila abaikan mata yang bengkak.

Luckily, kat tempat keje baru aku ni, every hour is paid. Keje lebih insyaallah dapat lebih. Insyaallah murah rezeki aku bolehla langsaikan hutang2 aku dengan bank or kawan2 sedikit demi sedikit. Amin.

Monday, August 24, 2009

Sukses sukses.

Pedih mata dan sakit badan.

Itu yang aku sdg tanggung sekarang. Akibat tak tido dengan cukup selama seminggu. Gila kan. Aku stay up kat opis sampai kul 3 pg da 3 hari dah. Pastu pagi2 da nak masuk opis balik sbb banyak keja nak kena habiskan.

Tugas aku kat sini lain sikit. Tak macam capital aku lebih coordinate events, sini aku lebih kepada clients servicing dan sales. So this week the task is to fulfill the requirement targets that given by Celcom. Sekarang kerja aku membersihkan taik je sebenarnya. Sbb org sebelum ni dah buat ikut sedap sehingga menimbulkan problem yang byk, jadi team aku datang sebagai jentera pembersih. Orang yang buat taik tu plak, sedap2 tinggalkan macam tu je.

Pening kepala aku. Sebelum aku decide to join this team, the boss bgtau aku yg celcom projek banyak masalah, i really thought it comes from the client. Tapi bila da join, i realize it comes from the person in charge itself. Aku pun hampir bergado dengan salah sorg dari dorang sbb planning tak betul.

Sales planning dah cantik meletup dah, jap g sbb ahli dia sendri sume cock up. Seorang buat hal, satu team susah. Pastu nak emo2 plak. Aku mmg pantang lah kan. Sbb org lain aku plak nak kena tanggung. Maka oleh kerana kelaseran mulut, dan yg tuan dengar plak emosi tak menentu, 2 org da resign. Sorry la babe, aku straight to the point je.

Hmm.. Sudahnye..harini semua benda kena duduk balik, and do a new plan. Aku rimas tul bende dok tukar2. Yang paling tak bes skrg..aku nak kena take over sume without any guideline. Sbar je la aku. Nasib baik bosses mcm kata they will half of it. Kesian jugak aku tgk bosses ni. Sbb dorg believe kat sorg mamat, hancur sumenye. Skrg ni, reputasi company pun terjejas.

Seb bek bulan pose. Kuat sikit kesabaran aku. Tp badan ni tak payah cakap la. Lemah. Aku rasa selalu menggeletar. Mau tak nya, aku rasa paling last pun masa zoom tu yg aku bekerja keras. Tapi masa tu aku tahan lagi sbb makan cukup. Skrg pose.

Aku anggap ni dugaan untuk bulan pose tahun ni. Bawak bertenang je la aku.

Thursday, August 20, 2009

Giamax - Brand tak best tu.

Maka..aku sudh pun resign from my previous company..or.. Capital.. Sekarang aku dah pun mulakan era aku sebagai freelancer di satu company. Apa nama company tu..rahsia..he he he.. Ye kengkwn, sesapa yang risau aku resign tanpa kerja baru tu, jgn risau dah ok. Ha sampai sekarang aku still kat opis sebab kerja yang bersepah. Gila, kerja aku sekarang membersihkan taik yang orang sebelum ni da buat. Da tu..lain dari job scope aku yang sebelum ni. Takpe la, as long halal.

Minggu ni aku dikejutkan dengan beberapa berita yang sesungguhnya aku tak paham..kenapa ia berlaku.. Makin lama makin ramai manusia pelik yang aku jumpa. Antaranya..ialah yang sekor ni..marilah kita menggelarkan dia..emm... ha! Giamax.. Nampak je cantik tapi cepat rosak. Hehehe..

So this is what happen...

Remember the post..Kenapa Lelaki itu Bodoh?..kay..so Giamax tu aderla lelaki tu. Selepas gagal nak pujuk aku last week, dia datang jumpa aku last 4 days. Pada pendapat aku dia cam cuba nak memujuk, tapi maybe sbb aku buat dia betul2 macam kawan, so dia biarkan je kot. The next day, aku dikejutkan dengan mesej dari dia yang menyatakan..HE'S GETTING ENGAGE!! Memang terkejut beruk aku.

So pada mulanya aku ingatkan dia akan bertunang dengan ex-GF dia. Aku abaikan je la. Aku pun da poyo tak herankan dia dah. Walaupun dalam hati sakit la sikit. Tapi selang sejam kemudian, tetibe ex dia pulak tersend mesej kat aku. Aku pun berbicara la sama dia. Aku cakap la bagusla you dengan Giamax da baik. Dengan perasaan terkejut, dia reply..

"Eh, manade i baik dengan dia..dah sebulan i tak text dia."

oopsy..kekeliruan aku di situ. Apa yang sedang berlaku?? Korek punya korek..sah dorg ni mmg tak berbaik. Aku diamkan je. Pelik..Kenapa dia ni cakap nak tunang, tapi minah ni kata dorg mmg clearly takde pape. Apa yang dia sedang lakukan? Tapi. Akhirnya semua kekeliruan terurai pada esok harinya.

Pagi2 lagi si ex ni mesej aku.

"You..i sedih ni.."
"Asal?"
"Patutla dia tu tak kisah jek i mintak putus..rupa rupanya dia dah ader orang lain!!!"
"'Hah!!What??Mana u tau?"
"Dari fb dia...dia cakap Missing someone...bila kawan i comment dia delete tapi pastu dia jawab comment orang lain siap bgtau sapa nama pompuan tu!"

Wow!! Dasyat bukan. Dalam satu masa dia cuba nasib pada 3 org gadis. Ternyata gadis yang ketiga itu berjaya. So aku tau la dengan perempuan itu la yang si Giamax ni akan bertunang dengan. Sebab dia siap pegi Genting Highland dengan family minah tu. Tah bila la masanya dia pegi tu kan. Dari hasil siasatan PI tak bertauliah aku, maka aku tau lah kenapa. Minah tu akan berangkat ke indonesia untuk belajar, so Tunang cepat2. Hahaha.. gadis gadis..ko tak tau siapa Giamax tu sebenarnya. Kau kat Indon, dia buat Malaysia macam New York. Kitorang ni yang kenal dia.

Selama dua hari aku bermeseg2an dengan si ex sbb dia sgt sakit hati. Tapi aku tak bgtau lagi pasal Giamax ni bgtau aku dia nak tunang. Kalau dia tau aku tak tau la. Tapi so far yang aku tengok, dia agak kuat. And dia tak tau yang Giamax ni nak kat aku masa dorg still together. Tak tau aku pun sakit hati bukan sekadar sbb apa dia buat dekat minah tu, sebab betapa twisted nye mamat tu!!

So itulah ceritanya. Alkisah, si Giamax ini dulu hanyalah lelaki brand biasa. Yang tak punya apape. Tapi sejak kebelakangan ni Giamax dah bukak outlet kat Jusco so market tinggi sikit, lupa daratan la sikit. Lupa orang yang dah bersusah payah dengan dia dahulunya. Jumpa yang highclass, terus berpaling tadah. Adess. Kesian ex dia. Aku doakan dia lebih tabah.

As for me, sah sah aku tak rasa pape. Sebabnye...aku sebok dok ngadap kerja aku. And aku tak suke brand macam tu, luar nampak cun, jap g pakai kejap rosak. Ahhaha..suke hati je aku samakn dia dgn brand henbeg dr China yang macam haram kan.

Lalalala... itu sahaja utk minggu ini yar.Nanti aku update lagi. Habai.

Friday, August 14, 2009

Camera part ii.

SMS Venill dan Fazrozen..today....

"u..raya dah dekat ni.."
"So??"
"U jangan lupa..."
"Lupa apa?"
"Kamera i..u dah pecahkan sila ganti..."
"Erk....err...perlu eh?"
"Perlulah!Jangan nak mengada..."
"Ok..tapi u pun jgn lupa..."
"Apa plak??"
"iPod i u dah hilangkan...harap ganti.."
"Eh...org curik kot..."
"Sapa yang letak sepah?"
"Mana i tau nak kena curik!"
"Ha mana i nak tau kamera u nak pecah!"
"I ganti dgn MP3 yang bese ea.U pun nak belikan i kamera yg 2times cheaper kan?"
"Mana boleh..kamera u tu zmn u beli tu mahal..skrg mmg harga dia centu..by the way teknologi dia lebih canggih..u nak gantikan ipod i dgn sumthing yg tak boleh di comparekan!Tak kira i nak ipod video gak!"
"Ala u ni..kalau tak nak ganti cakap je la taknak..banyak alasan plak!"
"Alhamdulillah akhirnya u paham..."
"emm.."

Maka untuk mengelakkan pergadohan yang berpanjangan Fazrozen terus tukar topik kerana dia tau takde harapan la dia nak paksa aku ganti kamera tu..agege...selamattttssss...

Thursday, August 13, 2009

Gagal lagi sekali.

Maka harini aku bangun dengan perasaan yang sangat tak best. Gloomy. Stress. Frustrated. Tak berasa nak senyum pun. Apetah lagi nak keluarkan perkataan dari mulut ni. Dah agak da sbnrnya. Semuanya sbb hal semalam. Nasib baik aku dok umah sensorang, kuar g keje sensorang, sampai opis pun sensorang.. So tak yah la aku cakap banyak sangat.

Semalam bermula dengan indah sebenarnya. Dahla aku bangun lambat, pastu kat opis pun ader keje yang aku memang enjoy nak buat. Pastu aku da plan nak g berfofoya dengan budak Legenda. Tapi ingatkan matahari sampai petang, sekali hujan di tengah hari (main sebat je aku kan). Balik dari jumpa org printing tu aku dapat kol dari orang bank. Menyatakan loan aku telah di rijek.

Seperti biasa aku bila kes kes macam ni, dia terus attact kepala aku. Terus migrain.

Aku terus kol sales person tu, tanya apa yg berlaku ni. Dia terangkan kat aku tapi aku cam dah tak leh nak compute dah apa yang dia cakap. Yang aku tau dia akan mintak bank tu tolong pertimbangkan aku nyer loan. Hmm. Tak kira la tapi benda ni da start semak dalam kepala hotak aku ni. Aku dengar jugak dia cakap maybe aku kena cari gerento..

GERENTOOOO??? Mana aku nak cari siotss!!!!

Aku diam je. Frust sgt. Aku bgtau Fazrozen lepas tu dia dah mula tanya macam2 soklan. Sudahnye aku cakap kat dia aku tak nak cakap apape nanti aku mesej dia. Then aku kua dgn fea pegi Batu Caves. Macam biasa aku berlakon lagi sebab tak nak nampak serius sangat. On the way tu aku dapat mesej dari Marc Jacobs.

"Petang ni i nak g jumpa angah kat Cheras u nak ikut tak?"

Lama gak aku pk nak reply tu. Ikutkan hati aku nak g jumpa dak2 legenda tu. Sebab akmal nak g Sabah so cam bese la kena bergather. Tapi bila fikir pakcik aku yang sorang ni mesti boleh bagi aku nasihat yang relevan dan masuk akal, so aku terus kata ok. Memangla kalau kua dengan dak legenda ni aku akan enjoy, tapi aku tak dapat nak kuarkan perasaan yang aku ada and segala ke-frust-an aku. Dengan MC aku tak la segan nak meluahkan segala nya dgn cara aku kan?

So aku jumpa dia. Dia tunggu aku kat Petronas, ikut aku g hantar keta kat umah pastu kuar balik. Sempat aku naik umah tukar suar. Malas aku nak dgr si veteran tu membebel tgk aku pakai suar lusuh n longgar. Sampai kete tgk2 dia dah stanby kat passenger seat sebelah driver. Hampeh. Haritu kutuk driving aku tapi suh gak aku bawak kete dia.

"Nak g mana ni?"
"Eh. Ni tempat u mana i tau. Kita jumpa angah malam sikit sbb dia busy."
"Hmm. U nak buat pe skrg?"
"I nak makan la. Lapar. Dari tgh hari i tak makan."
"Yeke..ha jomla g makan kang kurus plak."
"U i tak paham kenapa u sentiasa ada idea nak kenakan orang."

Nasib kau la MC. Dapat anak buah macam aku. Orang lain mmg takut dgn kau, aku tak payah harap. Pastu kitorg borak2 lagi. Dia citer pasal ex-GF dia yang psycho tu yg dah menyebarkan satu Malaysia pasal alkisah aku ngedate dgn MC. Yer, satu Malaysia, bukan satu Sban. Kalau aku artis konfirm dah masuk dalam Ohbulan.com, or ohArtis.com tu.

Ramai orang kat Sban tak tau aku bersaudara dengan dia ni. Sbb sebelum kitorang tau kitorang ni sedara kitorang dah berdating bagai nak rak, bercinta sakan. Sekali time raya terserempak plak kat umah nenek aku. Alih-alih dia ni kezen mak aku. Shite!

Dia cakap nak makan makanan jepun. Aku pk sushi je la. Yesss!! Suka aku. Pastu dia tanya aku asal aku diam and masam jek. Aku terus la bukak cerita...

Sama macam aku dia pun tak paham. Tapi, seperti yang diharapkan, dia memang dapat bg aku nasihat dan pendapat yang relevan serta yang boleh kurangkan frust aku. Tengok muke aku tetap bermuncung, dia terus kata tak nak discuss benda ni. And..i can decide apa yang aku nak makan. Well memula aku ok la nak makan Jepun tu. Tapi sampai sana kitorang nampak Tony Roma's terus je kaki masing2 pegi situ.

Masa tengah makan pun dia still bagi aku kata-kata semangat. Ape tah..kata tak nak discuss tp dia cakap jugak. Pastu mula la dia membebel aku take thing seriously la ape la. Aku mmg pantang..terus aku lepaskan segala ke-jem-an aku kat dia. Sambil gelak2 dia tengok aku membebel..tetibe...

"OK..Apa kata kita pegi beli kasut baru untuk u?"

Aku cam..WHAT!!! Ape kene mengena!!!! Dia paksa jugak lepas makan dia bwk aku masuk sume kedai kasut kat curve tu. Dia agak tau yang aku tgh cari flats, so dia suggest kan aku itu ini. Tapi dia ni dah berumur, and da terbiasa dgn ex dia yang slalu beli brg mahal tapi nampak fake..so aku cam tak berperasaan jek. And sah sah la aku takde mood. Sdhnye kitorg masuk kedai CD, aku mintak dia belikan aku cd Afghan jek. Yay!!

Pastu kitorg gerak g cheras. Aku still lagi muncung. Sambil2 tu MC still lg bg aku suggestion pasal kereta ni. Macam2 idea lah. Aku tak pay much attention as aku mmg still sedih. Pastu dia membebel lagi tak paham kenapa aku sedih sgt. Aku diam je ah. Malas nak jawab.

Aku jumpa angah,borak-borak amik apa2 yang nak amik, pastu chow. MC still lagi nak buat aku tak frust sgt psl kete ni. Ha masa tu terkeluar la cerita2 yang dia tak pernah nak ngaku. Aku dah agak dah org tua ni, sama je cam aku. Tapi malu nak ngaku. Bila aku aku dah ngaku aku kaki club n minum baru dia cam open sikit dgn aku. Klakar plak.

Dia hantar aku balik..n before balik dia suh aku bawak bertenang. Jangan nak amik things seriously. Esok dia kol n tengok apa dia leh buat. Huh. Macam mana aku nak bertenang. Malam td pun aku dah takleh nak tdo.

Bangun pagi dah sedih nak buat macam mana dol. Breakfast pun mls. Harini abg sales tu akan kol aku bgtau result nyer. Hmm..tah la...sakit hati jiwa dan raga den. Tak tau nak cakap or describe macam mana. Asik sangat jadi. Tunggu jo lah nampak gayanya.. OMAAAAAKKKK!!!

Tuesday, August 11, 2009

Just another plain day.

Lalala.. Dah sampai balik perangai nak update blog setiap hari ni. Bukan la maksud takde keje nak buat, tapi sebab aku dah tak banyak cakap dalam opis kan, lepas kat blog la jawabnye. Harini aku godam lagi website yang ader template for blog, tapi aku tak jumpa yang aku berkenan. So sudahnye aku biarkn dia plain black balik. Senang. Macam life aku sekarang, plain. Simple.

Pagi2 dah ader miting harini. Miting sampai aku lapar. Dah lama tak kena tu. Habis miting terus je aku culik kak sha g makan. Makan mi kari kat Pappa Rich. Punya la mahal. Mi kari sampai 9 hengget. Tapi berbaloi-baloi! Layan gile. Kak sha plak makan mi laksa. Pun layan jugak.

Balik dari lunch aku nak hantar suhairi air, terserempak dengan abang zul plak. Terus dia panggil aku masuk bilik teknikal. Macam ader pape je bunyinye kan. Wahaha. Aku masa dia panggil tu aku da malas da nak pergi. Mesti nak korek rahsia ni. Kan betul. Macam2 soklan dia tanya. Kenapa, mengapa, sbb apa.

Aku tergelak-gelak je. "Takde pape la abg zul". "Ish abg ni, mcm tu plak. Takla." Gelak lagi. "Tak, takde pape. Betul." Gelak lagi. Gedik plak aku kan. Tapi mmg terer la abg zul dgn cubaannya. Sorang2 dia tanya. Aku cam biasa la. Indenial. Hehehe.

Pastu aku masuk opis balik and sambung keje. Aku kena buat surat dalam bahasa melayu. Ha. Tak setengah jam plak aku buat. Nak create ayat dalam bahasa melayu tu bukan senang sebenarnya tau. Pastu diselitkan plak dengan kekhayalan aku baca blog org yg klakar2. Lolz.

Lepas ni tak tau nak g mana. Jumpa amat bagi cth design kat dia. Pastu aku ingat nak balik and habiskan masa kat umah. Eh. Foundation dah habislah. Hmm..

Nak g beli ke tak. Ader kat tropicana mall tu. Aku cam malas nak pakai Loreal lagi. Haritu aku ingat nak beli Mac nyer. Skali aku try stage nyer barangan mmg cool lah kan. So aku decide nak beli Stage je. Support Malaysian product babe. Yer, Stage tu barangan keluaran Malaysia.

Tapi tropicana mall tu leceh la. Tak tau celah mana nak masuk. Nak kena U-turn lah ape la. Jauh lak tu. Hmm. Tgk la macam mana. Tak paham aku. Camne la org buat shoppin mall tetepi jalan mcm tu.

Dah la. Tah ape ape je aku tulis. Nak balik la. Ha bai.

Monday, August 10, 2009

Kenapa Lelaki itu Bodoh?

Harini aku balik awal. Sbb sume org dah tingalkan ofis so aku tak nak la tinggal sorg2 kat atas tu kan. Aku ingat nak kemas rumah harini. Sbb cam dah lama gile tak menyapu. Tapi, first thing yang aku buat..tido.. Hahaha. Terlelap sebenarnya. Aku terjaga selepas bunyi meseg dan kol yang tak henti2. Kelam kabut..tah asal aku rasa cam aku bangun pagi and aku dah miss the whole day of working. Shite.

Bangun2 aku terus amik vacum. Tak menjadi aku simpan balik and menyapu. Ha amik, setelah beberapa lama tak mengemas, sebakul habuk kat dalam umah aku. Dalam aku tgh kemas2 tu, tetiba telefon bunyi.

Hmm. Nombor ni mmg aku kenal. Which is aku harap aku tak penah kenal. Aku biarkan je dulu. Tgk dah 3 kali aku angkat.

"Hmm..."
"Wani??"
"Apa?"
"Kau buat apa?"
"Mengemas."
"Ok. Dah makan?"
"Belum...kau nak apa?"
"Saje nak borak."
"Aku sebok ni. Just straight to the point."
"Ok. Babe..i'm so sorry. Can we work things out?"
"Tak kot. I'm not interested. I'm done with you."
"Aku tau aku slh babe. I dont put much effort. Itu la aku call ko balik. So that aku boleh fix things. How bout if we start it from scratch balik? Please babe. Right now i have to admit that i need your presence."
"Ah boring nyer citer kau. Aku dah bgtau aku tak interested. By the way aku da tau kau sapa. Banyak sgt cerita yang aku dgr. Macam sume org kenal kau skrg. You are never what i thought before. Sorry babe. Your time is up. Aku tak nak bazirkan masa aku."
"Please. I'll promise aku akan put 100% effort this time. I'll do anything."
"Lolz. Tak payah la. Its not effort jek. Banyak lagi. You lied. Kalau skrg kau cheated on your so called ex, later kau akan cheat on me jugak. Buat apa sial. Skrg sbb dia dah tinggalkan kau sbb tu ko cr aku kan? Aku tak nak repeat the same mistake."
" Mana kau tau?"
"Dia kwn aku skrg."
"hmm..but thats not the point. I admit my mistake. Please la bg aku another chance. Aku dah regret apa yang aku buat."
"Well, thats not the point to me either. Aku pun regret for trusting you and gave you chances before. Dah la weyh. I got things to do."
"Kau tak macam ni wani. Kenapa tetibe keras hati sgt?"
"Sbb i'm tired."
" So ko tak nak bg aku chance langsung? Are you sure about this?"
"Yes. Very sure."
"Fine then. It was nice to know you. I had fun masa lepak dgn ko. I'm gonna miss those time."
"Watever. Aku nak letak. Bye."
"Bye."

Dan sejam lepas tu aku bila aku check facebook dia dah pun delete aku dr friend list. Hmm.




Seharian Bersama Cik Jenab.

Sabtu pagi, macam biasalah.

Terjaga sebab bacaan yassin. Cik Jenab ni mmg rajin baca Yassin di waktu pagi. Aku tak tau la korg kan, tapi aku mmg selalu panik la setiap kali aku terdengar samar² je. Pastu bila bukak mata gelap je, pehh mesti aku terus bangun nye lah. Rasa cam aku yang di Yassin kan. Then aku bangun masuk bilik adik aku, tidur balik. Ehehee.

Kul 9 mak aku kejut.

"Nak breakfast ape ni?"
"Apape la. Sume konfirm ok"
"Mak buat pisang goreng lah ea. Air nak letak halia tak?"
"OK."

Tapi mata tutup lagi nih. Naik 10 minit aku rasa kain melibas kat kaki aku. Adeh. Cik Jenab da ngamuk le. Terus le aku bangun, masuk bilik air gosok gigi.

Maka bermula lah hari sabtu aku. Aku dok ngadap mak aku kacau air kat meja makan. Sambil² tu dia suh aku g balikkan pisang goreng. Mulut dia cot cet cot cet update aku dgn gosip terkini. Lepas satu, satu cerita. Dari perihal bapak aku, sampai lah kisah gelaran baru untuk Ayu OIAM tu. Ha, jangan main², Cik Jenab ni banyak je info dia pasal artis. Tak payah pakai internet, hadap tv jek.

Setiap kali aku balik centu la. Mak aku akan sediakan breakfast. Kalau aku dengan adik aku ader, mak aku kena buat 3 kali air. Satu utk dia pagi2. Satu utk aku, satu utk adik aku. Kalau aku bangun awal aku minum je la apa yg dia buat pg tu. Adik aku tak minum teh susu, so mak aku akan buatkan dia teh o. Mak aku punye teh susu mmg ngam. Lepas minum konfirm masuk toilet.

Kalau lunch pun macam tu. Adik aku nak ayam sambal, ayah aku plak nak makan gulai ikan. Ha dia buat je la 2 jenis tu. Nnt dia tanya aku gak, aku cam tak kisah je. Sbb kalau aku cakap aku nak udang plak, konfirm dia buat jugak nnt. Kesian dia. So basically aku yg paling belasah. Apa cik jenab masak tu yg masuk perut aku. Aku akan mintak dia tambah sayur je. Sbb semmgnye aku mesti nak sayur.

Lepas breakfast kitorg beralih ke depan TV.

"Bila nak basuh baju tu?"
"Nanti la Ma. Petang² sikit."
"Pemalas la kau ni. Nanti mak nak belikan kau robot 'asimo' tu."

Terkejut aku. Eh cik jenab ni. Ader hati. Pastu aku tengok cik jenab berulang alik. Kejap kedepan. Kejap kebelakang. Kejap dia selongkar² tmpt surat kat meja depan. Kejap dia selongkar bekas atas peti ais. Pastu aku dengar dia merungut.

"Ma cari apa?"
"Spek lama mak."
"Yang kat atas tv tu apa?"
"Owh..hehe. Maaf la yer. Rabun,tu cari spek."

Aku gelak. Cik Jenab keluar, g tengok pokok cili dia. Pastu masuk..

"Ko tau. Cili yang mak tanam ni tak pedas la."
"Owh ye ke. Asal leh jadi camtu?"
"Ntah. Mak rasa kalau kau tanam lagi elok la."
"Asal?"
"Mulut kau laser, pedasss."

Erk. Alahai Cik Jenab. Ader je point dia nak kenakan aku. Aku gelak lagi. Pastu tengok tv lagi. Cik jenab dok berjalan satu rumah sambil mengemas. Aku mmg tak payah la. Kalau aku yang kemas habis sume aku buang. Sambil tu mulut dia pok pek lagi. Ader je ceritanya. Sambil terselit lawak2 yang mmg la aku akan gelak gile babi. Cik jenab mmg macam tu. Suka buat lawak yang mengarut.

Umah tu kalau ader aku dengan adik aku je dah cukup. Memang bising. Bila aku sorang tu dgr aku gelak je la. Pastu mak aku mula nasihatkan aku pasal baran aku. Dia cakap aku ni takleh kena sergah mesti nak mengamuk. Hmm. Agak betullah. Perkara ni tertimbul bila aku cerita pasal ex-gf Madi yang hantar meseg nak bunuh aku. Dan juga pasal aku gaduh dengan seorg perempuan tepi jalan sebab dia kata aku bawak kete jantan dia.

Pastu along dgn anak2 dtg. Mak aku masak, aku g mandi. Pastu makan sama2. Lepas makan aku duduk depan tv dgn mak aku. Dia baring2 terlelap. Along plak gerak balik. Bila dia terjaga dia tgk aku.

"Apahal terkebil-kebil ni?"
"Rasa ngantok plak."
"Tadi yeye je mandi sebelum makan konon tak nak gemuk, lepas makan nak tdo plak. Samo jo."
"Tu ar duduk je ni. Takut terlelap."
"Haish. Ko ni mmg macam2 la."

Tapi tak jd apa pun usaha aku tu. Bila cik jenab masuk bilik utk solat, aku masuk skali pastu aku bantai tdo. Wahahaha.

Kul 5.

"Wani bangunla. Jom pegi expo kat stadium."
"Expo??panas ni ma..Hitam la i.."
"Ala..neraka lagi panas.Jangan kata hitam, rentung!! bangun2!"

Toink..kena kat hidung. Cik jenab da cakap mcm tu aku bangun je la. So kitorg pun pegi la expo tu dgn ayah aku. Expo barangan Malaysia rupanya. Aku tgk brg yang popular skrg mesti sabun pencuci muke, ubat kurus. Tapi cam biasa la. Aku tgk je. Yang aku rimas bila pg dgn family aku mesti sume org tegur ayah aku. Pastu kena la salam satu kg. Pastu sume tanya aku anak yg mana. ayat cliche.."Laaa..dah bosar dah ha..!"

Mmg la makcik,takkan makin mengecil.

Lepas dr expo aku balik. Mak aku bersiap nak balik kg. Aku malas nak ikut. Aku lepak pastu kuar dengan kwn2 aku yang aku baru je jumpa balik kat Expo tu.

Kul 2 aku balik. Cik jenab da tido. Tapi terjaga sbb dgr aku masuk bilik. Dia tengok aku cuci muka. Sdhnye dia takleh tdo. Layan aku borak smpai pg. Macam2 cerita lg. Kdg2 aku nak terlelap tapi aku tahankan jugak sambil main game. Pastu tau2 dia dah lelap.

Ha habis satu hari aku dgn Cik Jenab. Hari ahad tu aku dok gak dgn dia tapi aku habiskan masa dgn game jek. Mak aku ni lain macam. Kadang2 aku mintak je apa saja konfirm di buatkan. Nanti dia tanya, nak air tak?..lapar tak? Aku mesti la jwb tak. Satu pangai cik jenab ni, dia tak suke kalau dia dah buat air ke, makan ke, kita lambat2 habiskan. Kalau air before sejuk kena habiskan, makanan pun sama. Kalau tak dia paksa.

Mlm ahad aku gerak balik KL. Macam biasalah, sebelum balik..

" Jangan lupa baca ayat kursi, ayat 3 kul. Orang sergah tarik nafas dulu. Jangan main sembur. Bawak kete elok2. Beg duit jaga. Duit simpan dalam poket. Jangan selalu g club. Kerja elok2. Ingat tuhan. Banyak bersabar, bila nak marah tu beristighfar..."

dan berbaldi-baldi lagi nasihat sebelum aku balik.

Friday, August 7, 2009

Wonka Nerds.

Tau ape tu wonka nerds? Ia adalah sejenis gula-gula yang kecil dan berwarna warni.

Elle yang perkenalkan kat aku. Masa memula tgk tu macam pelik la jugak kan. Gilo apo. Sampai rm15. Tapi skali da rasa..pehhh..mmg layan. Laju je tangan ambik. Sbb dia kecik n chomel je kan.

Bende ni aku letak kat opis. Sah sah la kalau makanan aku letak kat umah tak jadi apa. Takkan berusik. So bila letak kat opis ramai lah yang akan jadi tukang habiskan. Baru senang hati aku.

Gula-gula dia der rasa masam masam sikit. Tu yg aku suka. Sbb kalau ala ala ngantok je..makan...ala-ala stress je..makan..ala-ala saje je pun makan. Memula rakan² opis pun tak bape layan sangat, tapi setelah leka makan sambil berborak, terus menjadi-jadi tangan dan mulut masing².Aku ingat si safar dengan fea suap punye suap..tau² dah habis. Hehehe. Sedap kan.

Emm.motif aku cerita pasal gula ni?? Sebab aku ingat aku beli dulu so that ia membantu dalam menceriakan hidup aku. Dengan rasa masam n kaler² dia yag sangatla berwarna-warni, sangat sesuai kay. Sangat akan membuat aku terhibur and shock.

Perasaan yang dtg bila masukkan dlm mulut, pastu dia dissolve in your mouth, then ko rasa masam² tu memenuhi mulutt..pehh...kecur air liur..sabaq wani. Aku puasa nih. Ahahaha.

Citernye. Aku tak tau lepas ni akan ader perasaan yang sama bila makan gula ni pada masa akan dtg. The happiness, the joy of enjoying and sharing the moment of Wonka Nerds. Waw.

I guess I'm gonna miss everything.

Thursday, August 6, 2009

Alhamdulillah.

Nampak gayanya hidup aku cam da start kembali normal seperti biasa. Semua yang kusut2 tu aku da dapat setel kan satu persatu. Aku rasa aku dah handle bende dengan betul. Tak kisah la kalau ader sesapa nak cakap belakang aku ke apa ke. Itu ko punye pasal la. Yang penting aku tau apa yang aku dapat lepas ni. Peduli apa aku kalau ader orang kata aku budak2. At least aku tau bezakan mana personal mana tidak.

Aku banyak habiskan masa berfikir dan merancang. And so far sume ikut plan lagi. Ok la...boleh aku tarik nafas lega. Plan aku yang dulu tu gagal. Sume larik dr schedule!

Hal-hal dalam opis aku tolak tepi. Taknak pk panjang. Dari aku sibuk dok bengang sana bengang sini, sakit pale sakit hati, baik aku cari solution dia. Tak kemana sume tu. Aku tetap akan jumpa masalah yang sama. Cume sekarang ia lebih extreme. Dan semua first expression aku dulu sbnrnye sume betul. Aku je ketepikan nya. Watever. Dah jadi dah pun.

Aku masih lagi meneruskan puasa. Tu la last yer nakal sgt. Tgk dis yer kena ganti banyak2. Tapi antara sebab lain is aku nak turun kan berat badan aku jugak. Tak tau la berhasil ke tak..tak penah plak aku g cek. Tp aku lega sbb aku masih kuat lagi meneruskan. Ni bulan puasa tahun ni tak tau la. Maybe sbb rafi takde ok kot. Agegege.

Adess. Asal lately ni cam takde idea nak tulis blog eh. Hmm mungkin byk bende yg private kot eh. Banyak yang tak boleh dibincangkan di blog. Kang tulis kat sini kang menambah koleksi orang nak mengumpat aku plak kan. Biasala manusia. Pantang terkena sikit. Aku pun macam tu kadang2.

Ha ni Hercules panggil aku turun plak. Adoi... kena basuh lagi la ni. Ayakk!! Ni yang goyang ni. Orang lain marah aku masuk kiri kuar kanan jek. Tapi kalau hercules... Menggigil aku. Almaklumlah, sifu. wuh..opis mmg sejuk tp skrg aku rasa extravaganza sejuk. ok ok. be calm. Bismillah.